Total Pageviews
Wednesday, November 28, 2012
Terima kaseh 2012
Lama jugak tak menulis di ruangan ni. sejak masuk tahun 2012, tuntutan kerja dan kehidupan asyik di gear 5 jer. tiada untuk diri sendiri. ramai jugak yang dah aku lukakan sepanjang tahun ni. maaf jika ada yang terasa.
sesungguhnya tahun 2012 merupakan tahun rahmat buat diriku. walau aku sentiasa memberi fokus pada kerjaku, aku juga cuba untuk membahagiakan insan-insan di sekelilingku. Berkat doa dan harapan orang tua, aku berjaya memperoleh kerja yang lebih terjamin. Alhamdulillah...dengan kerja sekarang, aku lebih tenang dan aman. tiada lagi suara2 bingit yang menyesakkan telinga. tiada lagi kata2 maki hamun yang harus ku hadap. Di sini semuanya begitu sopan dan saling menghormati satu sama lain. satu pelajaran yang aku belajar dalam hidup ini.
jauh di sudut hati, aku sendiri tak sangka aku dah jalan sejauh ini. kalau 3 tahun lalu, hidup aku terasa berada di bawah. semua mata tak pernah nak memuliakan diriku. aku di perlekeh orang yang berjawatan besar kerana kekurangan yang ada pada diriku ini. Excuse me sir, saya pon tak minta di lahirkan tak sempurna macam ni! kadang2 pelik, for a simple job aku di malukan dengan kekurangan diriku.
Yes! Tuhan tu maha adil. Kerana penghinaan manusia itu, aku merangkak2 jalan ke hadapan. Serius aku hilang confident! Tapi rezeki yang datang selepas itu merubah hidupku sehingga kini. Terima Kasih Ya Allah! sekurang-kurangnya aku mampu merasa bahgia. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan perasaan ini. maaf la pada mereka yang pening ngan status ku akhir2 ni. tetibe terkenang kisah lama menyayat hati ini.
Sekarang pon ramai kawan2 yg jadikan aku inspirasi mereka. Alhamdulillah... rasa mcm dh lengkap tujuan hidup aku di dunia ni. Moga2 tahun 2013, akan memberi lebih banyak rahmat dan kebahagiaan buat diriku. kini aku mula untuk berdikari. moga2 aku akan menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama dan bangsa. Insyallah... doakan saya k!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment