Tika sedang aku sibuk menyiapkan kerja sekolah yang semakin menimbun, tetiba aku diterjah dengan soalan-soalan pasal perkahwinan. rasanya semakin lama aku elakkan diri dari menjawab soalan-soalan tersebut, semakin galak orang bertanya. mungkin sebab usia aku yang semakin meningkat dan semakin ramai kawan-kawan yang dah kahwin, jadi ramai yang mula bertanya bila pula giliran aku? ini lah satu-satunya soalan yang susah aku nak jawab.
aku boleh terus memberi 1001 alasan atau jawapan kenapa aku masih membujang. kadang-kadang alasan tu susah nak terima akal. tapi apakan daya, aku tidak punya jawapan. tapi yang aku pasti, aku tidak akan kahwin buat masa ini.
kadang-kadang terusik juga perasaan apabila mak ayah seronok bermain ngan anak-anak kecil. aku tahu mereka teringin menimang cucu sendiri. bila mereka dah bertanya aku ni tiada calonkah? emmm.....aku hanya diam seribu bahasa. nak berterus terang, tu perkara mudah tapi aku takut konsikuensnya. kalau kata ada, suruh cepat-cepat masuk minang. kalau tak ada diorang nak carikan. serba salah jadinya. kahwin ni bukannya perkara senang. perkahwinan adalah kerja keras!
memang seronok bila tengok orang lain membina masjid. lagi-lagi apabila Allah mengurniakan zuriat penyambung cinta. aku pun teringin juga nak sampai ketahap itu. tapi jauh disudut hati ini, aku dapat rasakan aku tak mungkin kecapi nikmat itu. entah la....mungkin sebab banyak kali gagal dalam perhubungan, jadi aku sudah serik untuk percaya pada lelaki dan perhubungan. selain itu, aku juga sedar kekurangan diri ini yang tak mungkin akan jadi pujaan lelaki.
bila fikir soal kahwin, aku bukan optimis. aku sering andaikan bila dah kahwin esok, ada 3 kesan:
1. samada lelaki itu akan setia
2. samada lelaki itu akan berpoligami
3. samada lelaki itu akan ceraikan aku
kesan yang pertama tu memang jarang kita dengar sekarang ni. untung bagi wanita yang punya lelaki yang setia pada cintanya dan bertanggungjawab. biasanya, kesan kedua dan ketiga tu banyak dah kita dengar. aku sendiri dibesarkan dalam keadaan ada bapak tapi macam tak ada bapak. tentunya, kalau aku ada peluang menjadi ibu, aku tidak mahu anak-anak aku rasa apa yang pernah aku lalui. aku nak mereka membesar dalam kasih sayang dan perhatian. sebab itu lah aku agak cerewet dalam memilih pasangan hidup.
dari memikirkan soal kahwin, bagi aku adalah lebih baik aku kejar apa yang terbaik untuk diri aku dulu. belum tentu lepas kahwin, aku dapat kecapi kebebasan seperti sekarang. waktu ini lah aku ingin stabilkan hidup, bina kerjaya, kumpul harta. sebagai anak sulung aku nak juga belikan rumah untuk kami sekeluarga dan tanggung belanja sekolah adik-adik. aku nak yang terbaik untuk masa depan adik-adik. kalau boleh, aku nak balas jasa baik mak ayah dulu, baru aku nak kahwin.
andai kata aku tidak bertemu jodoh kelak, aku redha. Allah lebih mengetahui....
jadi, buat mereka yang juga tertanya kenapa aku masih tak kahwin.....korang pun dah tahu jawapannya kan?
No comments:
Post a Comment