Total Pageviews

Friday, December 3, 2010

minggu yang membengangkan!

dah lama rasanya aku tak ekspresikan bengang aku pada orang ramai. aku memang jenis tak kisah, biarlah ape orang nak buat, nak kata, nak kutuk ker....tapi ada satu benda yang aku tak boleh toleransi. manusia yang hipokrit; pentingkan diri sendiri tanpa ada rasa empati. lepas tu berkira kerja plak tu. adesss....dah tahu keadaan darurat, janganlah nak menambah beban kerja orang lain pulak. masing-masing dah di beri tugas. kenapa nak di tambah-tambah pula dengan kerja kau tu?

selama sebulan aku tolong temanku berniaga. selama ni kami bekerja berempat. konsep kami waktu bekerja; slow and steady. janji keje jalan dan siap pada waktu yang di tetapkan. tapi sejak ade pekerja baru masuk, konsep kami berubah. mungkin kami sudah berada dalam zon selesa, jadi bila ada orang yang cuba mengubah cara kerja kami, macam satu pencemaran pulak...huhuhu. aku pun tetiba naik angin. sebelum mula kerja kemain berjanji kata boleh buat macam-macam. tapi apabila dah mula kerja, arah orang lain plak buat itu dan ini. tapi kerja kami tak mahu pulak dia tolong bila dia free. isk...isk...isk...tu yang aku bengang sesangat.

konklusinya, menguruskan manusia bukan satu perkara mudah. aku paling tak suka apabila perlu berhadapan dengan karenah manusia. dah la karenah manusia ni bermacam-macam. bukan senang nak kita puaskan hati semua orang. tapi tak tahu kenapa aku selalu dapat kerja yang perlu berhadapan dengan gelagat manusia yang pelbagai. mungkin rezeki dah kearah situ. tapi baliknya aku yang tension. huhuhu....

inilah proses pembelajaran. belajar cara mengurus manusia, mengurus gelagat dan karenah manusia. malah, aku juga sebenarnya perlu belajar cara berkomunikasi dengan berkesan memandangkan tempat aku berniaga ni ramai warga asing. cakap bahasa melayu pon tak fasih, cakap inggeris pon tak faham. adessss... di samping itu, aku pon nak mempraktikkan cara mengurus stress sebab makin nipis rambut aku sejak berniaga ni. nak gi buat treatment rambut pon belum tentu ade masa.

dek kerana niat nak tolong kawan berniaga....aku akan gagahkan jua hingga ke akhir kontrak. peluang begini belum tentu akan datang selalu. barulah dapat aplikasikan ape yang telah di pelajari waktu di menara gading dulu. walau penat, tetap ade rasa seronok...

Monday, November 22, 2010

heartache....adeh!

rasanya hari ini la aku rasa sangat2 stress. sekian lama jugak aku diamkan diri, menunggu masa si dia ni nak berubah. rasanya selama berpuloh-puloh tahun hidup, tak pernah lagi aku tengok dia ni jenis bertanggungjawab. aku rasa kau ni kategori hati kering kontang kot. tapi heboh nak cari calon suami! ceh....

rasa panas je hati ni tiap kali dia menjawab apabila aku mintak dia tolong aku buat kerja rumah. kadang-kadang tu nampak sangat tak ikhlas kat riak wajah dia tu menolong aku. baru tolong sikit dah mengungkit selalu. aku pelik, dia tak kesian ke kat mama yang penat balik keje. apa salahnya dia tolong ringankan beban mama. rajin-rajin la buat kerja rumah, tolong masak untuk adik-adik, tolong basuh baju, tolong lipat baju, tolong basuh pinggan kat dapur. dah la kau tu tak bekerja. dari kau membuta sampai ke petang, baik kau tambah pahala!

yang buat aku stress dan hangin satu badan apabila si dia guna barang aku, tapi tak bagitau. tau-tau jer dah cacat barang aku. bila aku tanya "apa dah jadi?", si dia tak mengaku dia bersalah. cuba kalau aku yang guna barang dia dan barang tu jadi cacat. fuh...3 hari 3 malam dia tak tegur aku. belum lagi dia merosakkan barang dia sendiri. pastu menenggek nak guna barang orang lain plak. setiap orang buat kesilapan, jadi kenapa mesti dia nampak salah orang lain? salah sendiri tak nak ngaku plak. haiissshhh....

aku tau la kau tu lagi cun dari aku. kau pon suka melawa, tak macam aku. tapi lawa pon tak guna kalau kau tu pemalas! kalau semua nak harap aku yang buat, tak payah la....sampai mati pon kau tak kan belajar buat sendiri. depan orang lain berlakon rajin buat keje rumah. saje la tu....nak dapat pujian. bila aku dapat balasan dari kerja yg aku buat, kenapa mesti kau cemburu? kalau hati ikhlas buat kerja, Tuhan pon akan kurniakan rezeki.

aku sentiasa doakan kau akan berubah satu hari nanti. semoga bakal suami kau dapat mengubah cara hidup kau yang macam princess tu. bila aku atau papa dan mama tegur kau tarik muka. mula la boikot kami berhari-hari. sampai bila kau nak hidup ala2 tuan puteri? sedar la wei....tolong la....

Monday, November 1, 2010

Ekspresi aku tentang P.Ramlee



Hancur badan kandung tanah
Budi baik dikenang juga
Biar alam hancur dan musnah
Cinta ku tiada berubah

Dua tiga boleh dicari
Mana sama abang seorang
Kalau janji sudah tepati
Tiada orang boleh menghalang

Bait- bait lagu tersebut merupakan antara senikata lagu Hancur Badan Kandung Tanah nyanyian P.Ramlee dan Saloma. aku suka dengar lagu ni. bait-bait senikatanya mengajar pendengar agar berbuat baik, setia pada cintanya dan berpegang pada janji.

aku boleh dikatakan membesar dengan cerita P.Ramlee sebab ayahku seorang peminat beliau. waktu kecil, apabila televisyen nak siarkan cerita P.Ramlee, ayahku akan segera siapkan pita rakaman. dia akan merakam cerita tersebut dan pada waktu lapang, kami akan menonton bersama. waktu dulu, tayangan cerita P.Ramlee di televisyen tidak sekerap sekarang. antara cerita yang sempat ayah rakam seperti labu labi dan seniman bujang lapok.

apabila usiaku meningkat ke lapan tahun, aku menyertai pertandingan karaoke semata-mata untuk memenangi hadiah permainan masak-masak. kalau dikenang balik, setakat permainan gitu, rasanya mak ayah boleh belikan. tapi aku degil nak jugak hadiah tu. mak aku pon daftarkan aku dalam pertandingan tersebut dan aku memilih lagu Saloma - Pabila Larut Malam. lagipon lagu itu je yang aku familiar dan confident nak nyanyi.
Alhamdullillah, aku berjaya dapat tempat ke-3 dan rezeki kot, aku dapat gak hadiah yang aku idam2kan tu.

bila aku masuk ke universiti, kebetulan kumpulan koir kami ada persembahan menyanyikan lagu P.Ramlee. dari situ, aku mula berminat dengan lagu-lagu P.Ramlee. dengan duit poket, aku beli kaset lagu P.Ramlee. boleh dikatakan, dalam tempoh 2 bulan, aku boleh hafal semua lagu dalam kaset tersebut. tapi sekarang, kaset tu pon entah ke mana. sayang pulak tetibe kaset tu hilang....

boleh dikatakan semakin lama aku hidup, semakin kerap cerita-cerita P.Ramlee ditayangkan di TV. sekarang ni dengan adanya ASTRO, rancak jugalah aku menonton cerita P.Ramlee sampai boleh menghafal dialog. antara teman aku tika menonton ialah nenek dan adik bongsuku. adik aku pon tak kurang hebat dalam bab-bab menghafal dialog P.Ramlee. sampaikan kami boleh buat kuiz petikan dialog tersebut dari filem mana?

tapi aku kagum dengan cerita P.Ramlee sebab cerita-cerita dia berlatarkan kehidupan masyarakat Melayu dan isu yang ditimbulkan 50-60 tahun lalu, masih berlaku sekarang dalam masyarakat Melayu moden. kiranya masyarakat melayu ni tak berubah ke? pada pendapat aku karya P.Ramlee seolah-olah menyindir sesetengah golongan dalam filem-filemnya. sindirannya tu bukan untuk membangkitkan amarah masyarakat, tetapi beliau cuba mengubah persepsi dan cara hidup masyarakat Melayu pada waktu itu agar lebih maju dan terbuka.

sememangnya filem-filem P.Ramlee bukan untuk gelak tawa semata. tetapi filem-filem P.Ramlee sarat dengan masej dan harapan agar masyarakat melayu lebih ke hadapan agar seiring dengan bangsa-bangsa lain. sebagai contoh, filem labu labi P.Ramlee menggambarkan watak Hj. Bakhil sebagai tauke kedai kain, ada profession lawyer dan doktor. begitu juga dalam madu 3, watak jamil digambarkan seorang lelaki yang berjaya dlm kerjaya hingga mampu berkahwin 3 dan menyediakan rumah dan kereta untuk semua isterinya. kalaupun P.Ramlee memegang watak sebagai ahli muzik, namun dia berharap jadilah seorang ahli muzik yang berjaya.

disebalik kejayaaan filem-filem P.Ramlee tidak ramai yang tahu suka duka kehidupan beliau. selepas menonton Biography P.Ramlee di Astro, barulah aku tahu bagaimana kehidupan sebenar P.Ramlee. agak terkilan juga di hujung hayatnya, dia hidup dalam kedaifan dan kekecewaan. memang hidup ini ibarat roda, tika diatas kita diagung-agungkan dan tika di bawah, kita dipandang hina. hanya teman sejati yang sudi menemani dirinya dan tidak putus mendorongnya untuk berkarya.

disebalik kekecewaan beliau tika hayatnya, kini namanya di julang tinggi. benar kata P.Ramlee, dirinya akan hidup 1000 tahun lagi. kini semua masyarakat malaysia mengenali hasil karya P.Ramlee. Malah, kerajaan juga giat mempromosikan karya P.Ramlee sebagai salah satu segment pelancongan. orang berbakat besar memang cepat pergi meninggalkan kita. antara anak seni yang saya minati dan tiada tolok bandingnya selain P.Ramlee ialah Sudirman dan Yasmin Ahmad. Semoga roh-roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang Dia kasihi. Amin.....

P.Ramlee....dimana kan ku cari ganti?

Saturday, October 16, 2010

10.10.10 - aku mesti kuat!!!

tarikh 10.10.10 memang cantik! pada tarikh tersebut ramai betul pasangan yang berkahwin. ada juga memilih tarikh tersebut untuk melahirkan anak. agaknya ada juga yang memilih tarikh itu untuk bercerai. tapi, pasti ramai yang tak akan lupa tragedi oktober di lebuhraya utara-selatan dekat simpang ampat, melaka tempoh hari yang mengorbankan 15 nyawa. takziah buat keluarga mangsa-mangsa kemalangan tersebut.

tarikh itu jugalah aku dikejutkan dengan berita sedih pedih pilu. apabila insan yang pernah bertakhta di hati ini suatu ketika dulu bakal membina mahligai dengan orang lain. adduussss....andai ini yang pertama, aku masih boleh terima. tapi bila ini berita kedua yang aku terima tahun ni, rasa-rasa lembut lutut juga aku dibuatnya.

dalam kepayahan aku kuatkan semangat, aku ukir senyum gembira untuknya. aku hanya mampu ucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian si dia dan pasangan barunya. aku akui, aku tiba-tiba hilang semangat untuk melayari hari-hari esok. bukan kerana aku masih sayang padanya, tapi kerana aku cemburu dia sudah menemui jodohnya. aku redha. inilah ketentuan Tuhan kepada umatnya.

jauh disudut hati, aku dapat rasakan aku lah punca dia menerima gadis itu sebagai suri dalam hidupnya. kiranya, kalau aku tidak dorong dia dulu untuk memilih gadis itu, masekan dia akan bertemu jodoh. aku tahu dia dulu hampir putus harap dengan gadis itu. namun, dikala si dia menoleh semula kepadaku, si dia sangka aku telah pergi bersama lelaki lain. lalu, dia memilih semula gadis itu. itulah dinamakan cobaan!

walaupun kini kau cuba berbaik denganku, tapi aku harus pergi jauh darimu. aku tidak mahu dikatakan perosak kebahagiaanmu dengan gadis itu. jangan di sia-siakan peluang kedua yang datang dalam hubungan kalian. aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian walau kebahagiaan aku sendiri belum jelas...

Wednesday, October 6, 2010

Aku nak kahwin tapi.....

Tika sedang aku sibuk menyiapkan kerja sekolah yang semakin menimbun, tetiba aku diterjah dengan soalan-soalan pasal perkahwinan. rasanya semakin lama aku elakkan diri dari menjawab soalan-soalan tersebut, semakin galak orang bertanya. mungkin sebab usia aku yang semakin meningkat dan semakin ramai kawan-kawan yang dah kahwin, jadi ramai yang mula bertanya bila pula giliran aku? ini lah satu-satunya soalan yang susah aku nak jawab.

aku boleh terus memberi 1001 alasan atau jawapan kenapa aku masih membujang. kadang-kadang alasan tu susah nak terima akal. tapi apakan daya, aku tidak punya jawapan. tapi yang aku pasti, aku tidak akan kahwin buat masa ini.

kadang-kadang terusik juga perasaan apabila mak ayah seronok bermain ngan anak-anak kecil. aku tahu mereka teringin menimang cucu sendiri. bila mereka dah bertanya aku ni tiada calonkah? emmm.....aku hanya diam seribu bahasa. nak berterus terang, tu perkara mudah tapi aku takut konsikuensnya. kalau kata ada, suruh cepat-cepat masuk minang. kalau tak ada diorang nak carikan. serba salah jadinya. kahwin ni bukannya perkara senang. perkahwinan adalah kerja keras!

memang seronok bila tengok orang lain membina masjid. lagi-lagi apabila Allah mengurniakan zuriat penyambung cinta. aku pun teringin juga nak sampai ketahap itu. tapi jauh disudut hati ini, aku dapat rasakan aku tak mungkin kecapi nikmat itu. entah la....mungkin sebab banyak kali gagal dalam perhubungan, jadi aku sudah serik untuk percaya pada lelaki dan perhubungan. selain itu, aku juga sedar kekurangan diri ini yang tak mungkin akan jadi pujaan lelaki.

bila fikir soal kahwin, aku bukan optimis. aku sering andaikan bila dah kahwin esok, ada 3 kesan:
1. samada lelaki itu akan setia
2. samada lelaki itu akan berpoligami
3. samada lelaki itu akan ceraikan aku

kesan yang pertama tu memang jarang kita dengar sekarang ni. untung bagi wanita yang punya lelaki yang setia pada cintanya dan bertanggungjawab. biasanya, kesan kedua dan ketiga tu banyak dah kita dengar. aku sendiri dibesarkan dalam keadaan ada bapak tapi macam tak ada bapak. tentunya, kalau aku ada peluang menjadi ibu, aku tidak mahu anak-anak aku rasa apa yang pernah aku lalui. aku nak mereka membesar dalam kasih sayang dan perhatian. sebab itu lah aku agak cerewet dalam memilih pasangan hidup.

dari memikirkan soal kahwin, bagi aku adalah lebih baik aku kejar apa yang terbaik untuk diri aku dulu. belum tentu lepas kahwin, aku dapat kecapi kebebasan seperti sekarang. waktu ini lah aku ingin stabilkan hidup, bina kerjaya, kumpul harta. sebagai anak sulung aku nak juga belikan rumah untuk kami sekeluarga dan tanggung belanja sekolah adik-adik. aku nak yang terbaik untuk masa depan adik-adik. kalau boleh, aku nak balas jasa baik mak ayah dulu, baru aku nak kahwin.

andai kata aku tidak bertemu jodoh kelak, aku redha. Allah lebih mengetahui....
jadi, buat mereka yang juga tertanya kenapa aku masih tak kahwin.....korang pun dah tahu jawapannya kan?

Tuesday, July 27, 2010

Memoir untuk ayah....

dia lahir dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana. dia lahir sewaktu tanah air sedang bersiap untuk menuju kearah kemerdekaan. ayahnya hanya seorang penjawat awam kerajaan british, manakala ibunya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. dia merupakan anak ketiga dan pada waktu kelahirannya ibu bapanya begitu gembira dengan kehadiran cahaya mata baru penyeri rumah tangga mereka. namun mereka sedikit kecewa kerana kali ini pasangan ini masih menerima cahaya mata lelaki.

dia membesar di pinggir kota kuala lumpur, di kawasan kejiranan melayu. datuknya merupakan orang terhormat di kawasan tersebut. jadi, dia juga turut dihormati penduduk sekitar. tapi ayahnya seorang yang berdikari. ayahnya enggan hidup senang bergelimang harta pusaka. oleh itu, ayahnya merantau ke pekan ipoh demi membina hidup baru.

pada mulanya, ibu dan adik-beradiknya hanya tinggal di kuala lumpur. hanya ayah yang pergi merantau. rancangannya, selepas stabil kehidupan di ipoh, maka dia sekeluarga akan bersatu di sana. sekali-sekala ayahnya akan pulang ke kuala lumpur menjenguk keluarga yang ditinggalkan. ibu redha kerana memang lumrah darah keturunan minang, kaum lelaki perlu merantau demi mencari kesenangan hidup. selang tiga tahun kemudian, keluarga mereka bertambah lagi, dan kali ini mereka menerima kelahiran adik perempuan pula. akhirnya hajat pasangan untuk menimang anak perempuan ini di makbul Yang Maha Esa.

dengan kehadiran si adik baru, dia sudah bergelar abang. si ibu mula mengajar dia erti tanggungjawab. dia mula membantu ibu mencari kayu api atau memetik pucuk ubi di sekeliling rumah. abang-abangnya juga tidak lari dari tanggungjawab yang sama. mereka perlu menjaga ibu mereka sementelah ayah pergi merantau. malah, sewaktu ibu sibuk dengan gerakan kemerdekaan, dia lah yang di pertanggungjawab menjaga adik perempuannya walaupun usianya baru mencecah 4 tahun.

satu hari, ibu tiba-tiba bersungguh menyuruh dia dan abang-abangnya mengemas barang. ibu mahu berpindah ke ipoh dengan kadar segera. dia yang masih kecil hanya menurut. ibu pada waktu itu sedang hamil 2 bulan, dan ibu mendapat perkhabaran yang suaminya ada kekasih lain di ipoh. sudahlah hidup mereka serba serdehana, ibu khuatir ayah akan melupakan anak-anaknya. ibu yang tak sanggup dimadukan, segera berpindah ke ipoh. mereka 5 beranak menaiki keretapi ke ipoh. setiba disana, mereka menaiki beca ke teratak ayah. perit pengorbanan ibu demi menjaga kebajikan kami adik-beradik. mujur, ayah tidak menduakan ibu.

selang beberapa hari, ibunya mengalami keguguran. lebih memburukkan keadaan, ibunya semakin sakit selepas keguguran itu. ibunya ditegah bidan untuk melakukan kerja berat. oleh itu, tanggungjawab menjaga rumah, membersih rumah, dan mencuci pakaian diserah pada anak-anak. oleh kerana abang sulung sudah bersekolah, maka ibu dan ayah sering menyuruh dia dan abang ngah untuk membantu. sejak itu dia rapat dengan ibu. boleh dikatakan dia selalu dekat dengan ibu ketika ibu memerlukan bantuan.

gaji ayahnya sebagai penjaga stor tidak banyak. ayah tidak punya motokar. ayah hanya ke tempat kerja menaiki basikal. ketika dia sudah masuk sekolah, dia hanya memakai baju dan kasut lama abang yang lusuh. kalau koyak, ibu akan jahitkan. dia tidak dapat merasa pakaian sekolah yang baru. setiap hari ibu akan membekalkan dia dengan nasi putih berlauk jantung pisang rebus di balut dalam daun pisang. kadang-kadang dia dibekalkan dengan ubi rebus. tiada duit belanja di titip. kemudian, dia dan beberapa anak jiran akan berjalan kaki ke sekolah.

waktu rehat lah yang di tunggu-tunggu. dia dan beberapa teman sekelas akan duduk di bawah tangga, membuka bekalan masing-masing. apa yang ada, mereka kongsi makan bersama sambil berbual gelak ketawa. hilang seketika tekanan belajar. apabila loceng berbunyi, mereka kembali ke kelas. keperitan hidup mengajar dia erti tekun. dia mula berazam untuk mengubah hidupnya. dia enggan terus-terusan hidup dalam kemiskinan. dia enggan anak-anaknya rasa apa yang dia rasakan tika itu. itu azamnya!

kerana keperitan hidup, kurang peluang belajar dan kurang dorongan daripada keluarga, dia tidak cemerlang dalam pelajaran. namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam hidup. melihat abangnya yang sudah khayal dengan dunia dadah menyebabkan dia gigih berusaha memperbaiki diri. dia tidak mahu seperti abangnya. dia tidak mahu zaman remajanya musnah kerana dadah. lalu dia tekad mencari duit poket sendiri.

kerja pertama beliau adalah sebagai pembantu pam petrol di sebuah stesen minyak di bandar ipoh. dia hanya bekerja pada waktu cuti sekolah saja. upah yang diperolehi tidak banyak. setiap kali waktu gaji, dia akan berikan wang upah tersebut pada ibu. dia hanya mengambil sedikit untuk tabungannya. wang upah itu digunakan untuk membeli lauk makanan mereka sekeluarga. dapatlah makan mewah sikit. gaji ayah pula digunakan untuk menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik dan keperluan lain.

usai M.C.E, dia mula mencari pekerjaan lain. pelbagai kerja yang dilakukan di sekitar bandar ipoh. dia juga ada mencari kerja di kuala lumpur. akhirnya, dia mendapat tawaran kerja di U.M di kuala lumpur. dia begitu teruja kerana walaupun keputusan M.C.E nya tidak cemerlang, dia mampu memperoleh jawatan tersebut. walaupun hanya sebagai pekerja am, dia bersyukur. dia berpindah kembali ke kuala lumpur. memandangkan keluarganya masih menetap di ipoh, dia tinggal bersama ibu saudaranya di gombak.

rutin hariannya sama setiap hari. pagi-pagi dia akan ke pejabat. pulang jam 4.30. pada waktu petang dia akan membantu ibu saudara mengait buah ciku. lepas makan malam, dia dan sepupunya akan menggosok buah ciku tersebut hingga larut malam sebelum dijual keesokkan harinya. untung jualan, ibu saudaranya akan hulur 10-20sen sebagai upah. dia tidak boros. dia simpan duit tersebut dalam tabung buluh. hujung minggu dia akan membantu ibu saudaranya menjual kuih muih pula. upahnya hanya 2-3 biji baki kuih. itu sudah memadai.

satu hari dia terlihat iklan pencarian pelapis jurutera untuk sebuah syarikat penerbangan nasional. ianya julung kali diadakan memandangkan syarikat penerbangan tersebut baru berpisah dengan sebuah syarikat penerbangan lain. bagaikan bulan jatuh ke riba, dia segera menghantar permohonan. selepas menjalani ujian dan temuduga, dia berjaya menjadi pelatih di akedemi jurutera syarikat penerbangan tersebut. kejayaannya menjadi kebanggaan ibu ayah di ipoh. tahun itu juga abang sulungnya mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. sekali lagi mereka begitu gembira.

selepas ayahnya pencen, keluarga mereka berpindah kembali ke kuala lumpur. hanya abang sulung yang tinggal di ipoh kerana dia sudah berkeluarga dan punya pekerjaan tetap di sana. sekali sekala dia akan pulang ke rumah keluarga menziarah ibu dan ayah sambil membawa sedikit wang tabungan. dia rasa bertanggungjawab membantu keluarga memandangkan hanya dia yang punya gaji besar berbanding adik-beradik lain. tapi dia tidak membiayai stok dadah abangnya. dia kecewa dengan abangnya.

hidupnya makin senang dari masa ke masa, lebih-lebih lagi sejak dia menjadi jurutera. rezeki yang dicurahkan oleh Yang Maha Esa merubah gaya hidupnya. dia mula bergaul dengan orang berpangkat dan berlainan bangsa. dia mula mengunjungi kelab-kelab malam dan berpesta hingga ke pagi. jika ada peluang, dia akan terbang ke luar negara samada atas urusan kerja atau sekadar bercuti bersama teman-teman. perubahan gaya hidupnya merisaukan ibunya lebih-lebih lagi sejak kematian ayahnya. langkahnya semakin panjang.

dia dijodohkan dengan seorang perempuan kota. perempuan yang datang dari keluarga yang baik-baik dan berpendidikan. jauh dari taraf hidupnya yang datang dari keluarga yang susah dan tidak berpelajaran. dia bertungkus-lumus menyamakan taraf dirinya dengan isterinya. tapi ternyata, dia tidak seperti mereka. dia kembali ke seperti waktu bujang, berpesta di kelab malam sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak dirumah. dia bahagia dikelilingi teman-teman yang mengajar erti syurga dunia.

masa terus berlalu. apa ada pada usia? bak kata pepatah inggeris, Live begins at 40. dia terus hanyut dengan syurga dunia. dia akhirnya jatuh cinta pada seorang gadis berketurunan tionghua. walaupun dia sedar dia sudah punya anak dan isteri namun bukankah dia mampu untuk berkahwin lagi? dia memberikan kemewahan pada isteri tua dan anak-anaknya demi menutup rasa bersalahnya. dalam diam dia mempunyai dua isteri dan dua keluarga. keduanya dia sayang, tapi hanya satu keluarga yang dia kasih.

peluang kedua yang datang sebagai ayah membuatkan dia sedar. dia tidak mahu terlepas peluang membesarkan anak-anak seperti yang pernah berlaku dalam hidupnya. dia tidak mahu anak-anak dari isteri mudanya tidak menerima perhatian dan kasih sayang darinya seperti anak-anak dengan isteri tua lalui. dia sedar dia bersalah, lebih-lebih lagi apabila memandang wajah-wajah anak-anak isteri tuanya. kerana kesilapannya, mereka menjauhkan diri darinya. ternyata dia gagal menjadi ayah yang baik pada mereka. tapi dia masih cuba menebus kesilapan itu pada mereka. azam dia dulu la cara dia menebus kesilapannya pada anak-anaknya. itulah bukti cintanya pada zuriat-zuriatnya.

hari ini dia banyak memohon keampunan dari yang Maha Esa atas dosa-dosanya dimasa lalu. dia benar-benar menyesal dengan tindakannya dulu. dia masih ingat sewaktu dia pulang dari kelab malam, walau selewat mana, ibu masih berjaga menanti kepulangannya. kini dia tidak ligat lagi seperti dulu.

jika ada kelapangan, dia akan menjenguk ibunya dan membawakan makanan yang lazat untuk ibunya. dia juga akan membantu membersihkan ruang rumah ibu sama seperti yang pernah dia lakukan waktu kecil dahulu. baginya kasih isteri boleh di cari tapi kasih ibu tiada galang gantinya. walaupun dia berjaya sebagai anak yang baik dan jurutera hebat, namun dia belum berjaya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga.

kisah ini hanyalah sebagai iktibar. sesungguhnya kejayaan itu datang dari usaha kita sendiri. setiap kesilapan yang kita lakukan, masih ada sebenarnya ruang untuk kita betulkan. cuma bila dah senang nanti jangan pula jadi kacang lupakan kulit. semoga kita bakal menjadi insan yang berguna pada keluarga, bangsa dan agama.

Tuesday, July 13, 2010

yahhhoooooo.....

sambil mendengar lagu billionairre dari Travis McCoy Ft.Bruno Mars aku terasa mcm nak menaip dalam blog aku ni. memang aku happy hari ini dan juga semalam. happy sesgt....!!! aku pon tak tahu kenapa hati aku tetiba berbunga-bunga...agaknya sebab apa yang aku sangka menjadi kenyataan! fuhhhh....memang tak sangka, aku masih punya telepati yang baik. hahaha....

bertahun aku dah cuba melupakan cerita lama. memulakan hidup baru dan mencari kebahagiaan sendiri. mula2 bukan mudah untuk hidup sendiri tapi bila kita kuatkan semangat, insyallah....kita boleh lakukan! apa yang aku nak story, dugaan selepas break lebih hebat dari dugaan semasa couple. apabila janda kita dulu tetibe plak nak amek tahu hal kita. eh-eh....awat yg dia kecoh sgt? dulu kata tak mau kat kita, skg ni sibuk nak tahu hal kita plak. eemmm....benda ni biasa berlaku kat aku.

aku ni jenis yg cpt kecik ati, lebih2 lg bila pak we aku tetibe buang aku. kononnya aku bukan yg terbaik utk dia dan aku tidak memahami si dia. hemmm....kdg2 aku tanya blk, "awk tu terbaik utk sy ker? faham sy ker?" sbbnye aku tanya ngan penuh lagak adalah kerana mereka tu lelaki yang suam-suam kuku je. tapi perasan hebat! cehhhh...
aku pilih pon dgn harapan mereka setia dan ikhlas berkawan ngan aku. tp, aku silap! walaupon mereka tak hebat tp taste mereka nak pompuan yg mcm ratu cantik. yg kelakarnya, kalau kekal sampai ke jinjang pelamin tak pe gak, tapi ni sekadar 2-3 bln je. pastu mereka kena buang! hahahaha....tu la, buat org lagi. skg ni TUHAN byr cash jer. kalau bukan skg, mungkin esok bila ko dah ada anak bini.

berbalik pada perasaan aku yang berbunga-bunga ni...bagai ada telepati, aku dah agak sejak 12 bln yang lalu, seperti ada sesuatu yang pelik berlaku pada bekas pak we aku. tetibe dia begitu baik ngan aku. aku pon mengambil peluang utk mengenakan dia. aku yg waktu itu sdg bahagia dgn hidupku mula mengatur propaganda utk kenakan dia. walaupun dia lebih dulu letakkan mata-mata bagi mengekori gerak-geri aku, tapi aku buat bodoh je. ternyata dia lebih bodoh sbb dia lebih mudah termakan propaganda aku. bila dia dpt tau aku dah jumpa pegganti yg jauh lebih baik dari dia, dia tetiba ade awek baru plak. hahaha....tau pon kau gigit jari! dulu kau jugak yg kata aku tak layak utk kau kan? rasakan! Tuhan sentiasa bersama orang yang teraniaya.

baru-baru ni, sekali lagi dia meminta mata-mata dia selidik kegiatan aku. dan kali ni bukan aje bekas pak we aku yang terduduk, mata-mata dia pun cemburu ngan kebahagiaan aku! hahaha....betapa aku BERSYUKUR kepada ALLAH kerana dikurniakan kesempatan ini untuk mengenakan bekas pak we aku tu.

sebenarnya aku dah lama tak de perasaan ngan dia. susah payah gak la aku lupakan dia. syukur, aku dah maju kehadapan. tapi tak tau kenapa dia sibuk nak amek tau hal aku lagi. biar la aku dgn hidup aku. tak payah nak rasa bersalah bagai sbb tinggalkan aku dulu. aku happy kalau kau pon happy. aku juga happy kalau kau sedih! hahahaha....well, aku bukan seperti yang dulu babe!

Sunday, May 9, 2010

kenangan cuti sekolah...

setelah usai peperiksaan akhir semester, aku menikmati musim cuti sekolah yang panjang. sedang asyik menonton TV yang rasanya dah lama aku tak layan, tetibe ternampak iklan movie baru - Lagenda Budak Setan. terus teringat zaman muda remaja dulu, time aku kemaruk ngan novel cintan cintun ni.hehehe....emmm, andai la waktu boleh di putar kembali.

aku teringat dulu2 zaman sekolah menengah, aku rajin berjimat. kumpul duit semata2 utk dua benda : novel + kaset lagu. waaahhh...zaman skg pkai CD jer dan lagi canggih download jer dari internet. tp 12 tahun dulu mana nak dpt internet? PC pon x wujud kat umah aku. kat umah aku ade radio kaset jer. jd beli la kaset artis kegilaan aku zaman tu. dulu kaset dalam rm16-rm19, depends samada artis tempatan atau artis antarabangsa. so dgn duit blanja yg x seberapa aku kumpul berbulan2. bile dah cukup duit, aku gi kedai kaset beli. balik rumah, layan la lagu sampai berangan buat konsert. kehkehkeh...

selain beli kaset, aku jugak kumpul duit untuk beli novel. terima kasih pada member kelas form 2 aku dulu yg memperkenalkan novel 'awek cun' hasil nukilan ahadiyat akashah. pergghh....kemaruk gak la dgn novel2 ahadiyat zaman tu. tiap kali nak cuti skolah, aku akan ke kedai buku membeli koleksi novel ahadiyat akashah. seronok tengok koleksi novel dia yg berwarna warni bile disusun kat almari buku. tp aku terkilan gak, sampai sekarang aku tak membeli novel Lagenda Budak Setan dan Pilot Cafe. dulu aku tak mampu nak beli, tp sekarang mcm tak de perasaan nak beli. huhuhhuu....

bila usia menginjak ke 18 tahun, member kelas aku perkenalkan pulak novel alaf 21 'Kau Untukku'. ayat2 puitis, karakter dan jalan cerita novel ni membuatkan aku jatuh cinta, lagi2 aku tetibe crush on Fuad plak kan...bermula ini lah aku mula menjadi pembeli setia novel alaf 21. novel2 dia agak mahal tapi tak menghalang aku dari kumpul duit utk beli novel tu.

penah satu insiden di mana kwn adik aku pinjam novel Kau Untukku sampai tak reti nak pulang. aku pon angin la...last2 adik aku beli baru novel tu. tapi kenangan novel tu tak sama dengan duit aku kumpul sendiri. well....benda dah jadi. tima kaceh gak kat adik aku yg ganti balik novel aku tu.

tapi sekarang aku dah tak ikut sangat novel. sejak aku kenal erti sebenar percintaan, aku sedar tak semua kisah cinta seindah dalam novel. tak semua konflik cinta boleh terlerai seperti dalam novel. realiti cinta lebih rumit dari dalam novel. novel hanya membuai perasaan kita, membawa kita ke dunia cinta nan indah dan berkongsi pengalaman cinta dengan kita...entah kenapa skrang bila aku baca 2-3 helai novel, aku tutup novel tu. excitement untuk membaca lenyap terus...

eemmm...gitu la kenangan cuti sekolah aku yang rasanya dah aku tak buat lagi. skrang tiap kali cuti, aku banyak buat hal sendiri, lepak ngan famili atau teman2 dan pegi holidayzzzz....tengok tempat org lebih menarik dan buat aku sedar betapa beruntungnya aku. secara tak langsung, menerbitkan rasa syukur atas nikmat yang Tuhan berikan. dulu zaman sekolah tak dapat byk peluang bercuti coz famili sibuk cari rezeki. skrang ni, baru dapat. =))

Sunday, April 4, 2010

Living a parrallel life is not awesome....

pada suatu malam yang hening...terdetik sesuatu di fikiran aku....jeng-jeng-jeng...

kadang - kadang aku terfikir tentang diriku sendiri. what are the great things have i done in my life? sekarang aku rasa hidup aku begitu rutin. setakat pergi kelas, balik rumah dan clock in untuk jadi nanny. kadang-kadang aku tertanya sendiri kenapa la hidup aku begini? terpaksa hidup dengan orang yang complicated, melayan karenah orang yang bossy. arrgghhh....bukannya tak de mata ngan otak nak pikir orang lain ade kerja masing2. bukan nak kena melayan dia 24jam.

maaf, mungkin aku agak kasar ketika bersuara. tapi aku sekadar menyatakan pendapat aku. kadang - kadang aku rimas bila orang bertanya tentang hidup aku. tapi aku tak mampu untuk balas balik kata-kata mereka. aku sedar siapa diri aku ni. aku memang tak mampu nak penuhi semua impian mereka. lagi2 plak apabila aku berkorban masa dan perhatian utk ahli keluarga yg memerlukan. jadi, bila masa aku nak punya waktu untuk diri sendiri dan masa untuk pasangan? eemmm....takkan ada lelaki yang faham situasi aku ni. jadi, baik aku terus sendiri mengemudi haluan hidup. mungkin ini yang terbaik!

sape yang tak sunyi? sape yang tak tertekan bila orang sekeliling bahagia dengan pasangan. aku akui aku cemburu dengan mereka. tapi aku telah memilih untuk menutup pintu hati ni. andai ada jodoh, sape tau...jodoh dan maut tu kan rahsia Tuhan. namun, ini lah pengalaman hidup. pengalaman yang mematangkan diri.

bila sampai ke tahap hari ini, aku rasa tersangat kesal kerana memilih jalan ini. bukan kah dalam hidup ini kita sentiasa ada pilihan? dan aku telah memilih jalan ini, dan aku redha jua andai ini ketentuan hidupku. namun jauh di sudut hati aku, aku percaya segalanya ada hikmahnya. Mungkin ade anugerah Tuhan disebalik musibah ni. hanya doa yang mampu ku panjatkan dalam menguatkan semangat hidup. aku perlu kuat untuk terus ceria...walaupun tiada soulmate, aku masih punya keluarga dan teman2 yang begitu supportive. they are my precious.

konklusinya, kalau hidup ni statik jer memang tak menarik. memandangkan hidup aku ni macam roda, then i guess my life dah cun!!! =))

Sunday, March 7, 2010

Mencari Erti

Selepas 3 kisah sebelum ni yg aku tulis....aku sering bertanya apa itu CINTA? apakah erti CINTA itu sendiri? adakah apabila aku begitu bahagia dgn si dia? adakah tika 2 hati menjadi 1? adakah apabila aku merindui si dia? adakah apabila aku sanggup mengorbankan mahkota diri pada si dia? emmm....sememangnya CINTA begitu subjektif. apa yang aku sedar, CINTA tak selalunya berakhir dengan keindahan. CINTA juga memerlukan berjuta pengorbanan. CINTA juga menuntut seribu pengertian. semuanya tertakluk pada individu itu sendiri, bagaimana mereka mentafsir CINTA....

baru baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita yg menyayat hati...seorang kanak-kanak mati akibat di dera oleh teman lelaki si ibu. ada juga kes pembuangan bayi di loji kumbahan. kes-kes ini membuatkan aku beristigfar sendiri....bagaimana keadaan ini boleh berlaku? sampainya hati manusia memperlakukan anugerah TUHAN sebegitu rupa. bukankah anak-anak itu bukti CINTA kalian? kerana CINTA la lahirnya anak itu di dunia ini. kerana CINTA juga kita sanggup menerima anak si dia dan menganggapnya seperti anak kita sendiri. tapi kenapa perlu memperlaku anak itu sebegitu rupa?

selain kes buang bayi dan penderaan anak, kes penceraian juga semakin meningkat. di mana silapnya? benarkah jodoh sudah habis antara mereka? kenapa sebelum kawen tak fikir soal jodoh? mungkin kerana terlalu mengikut darah muda, maka terkuburnya sebuah ikatan perkahwinan. maka itu, sebelum mengorak langkah ke alam perkahwinan, fikir sedalamnya. adakah kita sudah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan?

aku sendiri banyak menyaksikan kisah CINTA insan-insan di sekelilingku. ada yang indah sehingga ke akhir hayat, ada juga yang kecundang di tengah jalan malah ada juga yang berhadapan dengan krisis dalam perhubungan. apa yang boleh aku katakan, RESTU keluarga amat penting dalam sesebuah perhubungan. kadang-kadang pilihan keluarga bukan yang terbaik, bukan juga yang terburuk....dalam keluargaku sendiri, pilihan keluarga la menunjukkan sikap kurang ajar. kenapa boleh jadi begitu? adakah kerana dia rasa sudah dapat imuniti, maka tak perlu jaga hati dan perasaan org tua? ewah2...

aku pernah dengar beberapa mak cik berbual soal mencari menantu. baru aku tau sekarang ni mencari menantu sama macam nak mencari kerja. kalau menantu kelulusan SPM, jangkaan mereka rendah - kurang pertimbangan, mementingkan kebendaan, kurang pengetahuan. kalau menantu kelulusan IPT, jangkaan mereka tinggi - berilmu, bertimbang rasa, matang dan boleh berdikari. pokoknya, lagi tinggi ilmu si menantu, lagi kena tahan lasak!!

malanganya, kebanyakkan menantu, lagi tinggi ilmu, lagi sombong ngan mertua! baik menantu org bandar atau org kampung, sama saja....bukankah jika kita berkahwin dengan pasangan kita, kita perlu berkahwin dengan keluarganya juga? masa kahwin punya la tiggi hantaran yang harus di bayar, tp bila dah kahwin, tak boleh harap punye menantu. ada juga kerana CINTA sanggup membuang keluarga. aku pun pelik! aku harap pasangan begini baik bertaubat dan kembali menjalin silaturrahim yang kalian putuskan...

teman baikku mengadu padaku betapa bengangnya dia pada teman lelakinya. malah, dia juga berkata dengan selamba "aku tak heran kalau awek lain nak ngorat dia. dia tak hensem pon! tak rugi la losing him." aku tersenyum sendiri. walau tak hensem, tp lelaki itu juga la yang pernah teman saya ni puja siang dan malam. kerana salah faham, CINTA antara mereka mula surut dan mengakibatkan wujudnya kenyataan diatas. hehehe....aku sendiri pernah punya teman lelaki muka longkang! aku sangka bila tak hensem, senang nak jaga. tp....emmmm HARAM!!!

sememangnya tiada CINTA yang sempurna di muka bumi ini kerana manusia tidak pernah sempurna. memperbaiki hubungan bermakna sering memberi peluang kepada pasangan untuk berubah. kejujuran dan kesetiaan tidak cukup dalam sesebuah perhubungan. CINTA menuntut lebih dari itu. yakin pada pilihan CINTA kita dan BERDOA kepada YANG MAHA ESA demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, itu adalah paling baik. aku doakan hanya yang terbaik untuk semua pasangan.....=)). Jgn nakal2 eh....








Saturday, February 13, 2010

kisah tiga


farish kata sayang saya, farish kata rindu saya, farish rayu jangan tinggalkan dia, farish janji akan tunggu saya...itu antara ungkapan yang keluar dari mulut farish. saya terbuai dengan ayat-ayat puitis farish hingga saya sanggup terima farish dalam hati saya. pada saya, paras rupa bukan la jaminan kebahagiaan tapi keikhlasan hati dan perasaan si dia pada diri saya. farish seperti sunguh sungguh mahukan saya.

memang saya sayang farish...sebab farish lelaki yang memahami saya. farish tak pernah paksa saya malah sentiasa menyokong saya dari belakang. walaupun ramai lelaki merapati saya, tapi farish sikit pun tak cemburu. dia faham persekitaran tugas saya yang banyak bertemu orang ramai. memandangkan farish memberi ruang pada saya, maka saya juga memberi ruang untuk farish berkawan. saya belajar untuk give and take.

farish bukan lelaki pertama dalam hidup saya. selepas melalui beberapa kali kegagalan dalam percintaan, farish muncul memberi kebahagiaan dalam hidup saya. setiap hari farish akan menemani saya makan tengah hari atau makan malam. acap kali juga dia tunggu sehingga saya pulang kerja jika saya pulang lewat. sikapnya yang protektif membuatkan saya benar-benar terharu. beruntungnya saya punya teman istimewa seperti farish.

hari silih berganti, hubungan saya dan farish semakin rapat. bunga bunga cinta melatari hidup saya. setiap kali hujung minggu, kami akan bertemu samada menonton wayang, main bowling atau setakat keluar makan. saya rasa begitu bahagia ketika di samping farish. walaupun ada suara-suara halus yang mengutuk farish yang tidak setaraf dengan saya, tapi saya pekak kan telinga. saya tahu farish ikhlas terima saya. farish terima saya seadanya. benar kata orang, cinta itu buta...cinta telah membutakan mata saya.

pertukaran kerja ke organisasi baru memisahkan saya dan farish. selama setahun saya perlu bertugas di luar kawasan sebelum di tempatkan di HQ. waktu inilah dugaan maha hebat berlaku dalam perhubungan kami. setiap bulan saya akan cuba pulang bertemu farish. tapi, entah di mana silapnya, hubungan kami ada yang tak kena. kami sering bercanggah pendapat. farish sudah berani menipu saya. farish juga sudah mula menjauhkan diri dari saya. alasannya sibuk bekerja atau penat bekerja. kadang kala farish tiada di saat saya benar-benar memerlukan dia. kami mula renggang....

enam bulan berjauhan, kelakuan farish semakin saya tak mengerti. farish jarang jarang menghubungi saya. saya rindu farish. jauh di sudut hati ini saya percaya farish sudah punya cinta baru. apabila saya cuba bertanya pada farish akan hal ini, farish akan sanggah habis habisan dan dia pula menuduh saya punya lelaki lain di perantauan. aduh...sesungguhya saya sentiasa mengingati farish. tapi adakah dia juga begitu? lagu nyanyian Kertas sentiasa saya putar, dan tika itu air mata saya akan gugur ke pipi.

hubungan yang tidak berarah ini harus saya hentikan. saya tak sanggup menambah dosa mengutuk teman lelaki sendiri. walaupun puas saya pujuk hati ini supaya bersabar, tapi naluri saya kuat mengatakan saya harus berpisah. demi mencari ketenangan diri, saya dan farish setuju mengakhiri hubungan kami. saya bersyukur Tuhan membuka jalan kepada kami. jauh di sudut hati saya kecewa dengan perpisahan ini. saya juga kecewa kerana percaya pada kesetiaan farish. nyatanya farish mudah kecundang dek godaan gadis lain. alasan farish - kerana saya jauh dan dia sunyi. itu hanya alasan....

setahun berlalu dan saya masih terkenangkan farish. kadang kala kami SMS bertanya khabar. saya tidak pasti sama ada dia bahagia dengan hidupnya atau tidak. saya tak pernah tanya farish. doa saya tak pernah putus untuk kebahagiaan farish. kenapa harus bermasam muka? walaupun ketika farish di himpit masalah kewangan, saya masih menghulurkan bantuan walaupun di tentang teman-teman rapat. saya hanya anggap farish teman baik saya, tidak lebih dari itu. saya percaya, hari ini hari farish, esok lusa mungkin hari saya pula...mana tahu.

sungguhpun kami dekat kini, tapi kami jarang berjumpa. saya tidak mahu merosakkan hubungan farish dan pasangannya. maafkan saya farish jika sesekali saya mengingati farish. namun bait-bait ayat cinta farish dulu kadangkala menerjah kotak fikiran lalu mengundang duka. jika bisa saya tagih janji farish...emmm, pasti farish sendiri sudah lupa janji-janji sumpah setia farish pada saya. betapa mudah lelaki menabur janji manis. sedangkan di hati mereka hanya kosong.

farish, kini kamu hanya sebutir memori di ingatan saya. terima kasih kerana pernah menyayangi saya dan terima kasih atas jasa dan pegorbananmu pada saya....




Saturday, January 2, 2010

kisah dua

Aku kembali ke daerah ini setelah hampir dua tahun aku tinggalkan. sejak aku graduasi, jarang sekali aku berkesempatan ke utara malaysia. memandangkan aku punya tugas selama seminggu di alor star, maka kesempatan untuk ke tempat yang pernah menjadi 'sekolahku' tidak aku lepaskan. mujur agenda petang ini di tunda ke esok pagi, jadi aku bergegas ke destinasi yang sering ku rindu. aku melepaskan lelah di bangku kompleks sukan universiti. terdapat beberapa pelajar sedang bermain futsal dan aku khusyuk melihatnya. sejurus itu, kenangan lama kira-kira lima tahun lalu menerjah ingatan...

Pertama kali menjejakkan kaki ke daerah utara malaysia, benar-benar membawa seribu makna. aku kini merupakan penuntut institusi pengajian tinggi awam (ipta) terkemuka di daerah ini. pemergian aku ini juga merupakan yang pertama kalinya aku tinggalkan keluarga demi menimba ilmu. bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. walaupun teruja dengan fasa baru dalam hidupku, namun jauh disudut hatiku aku sebak meninggalkan ibu dan abah. aku sedar, kini aku perlu berdikari...

Rakan pertamaku di sini adalah teman sebilikku, siti. Siti seorang gadis dari pantai timur malaysia. pada mulanya agak sukar untuk berkomunikasi dengan Siti kerana jurang bahasa. aku gadis kota, manakala Siti gadis desa yang juga pertama kali meninggalkan negerinya. namun perlahan-lahan, aku belajar loghat pantai timur. beberapa kali juga aku diketawakan Siti dan teman-teman senegerinya kerana loghatku salah! tapi aku tak pernah putus asa. aku terus belajar dari kesilapan...

masa berlalu dengan pantas. selepas dua semester berlalu, aku mula berani berkawan rapat dengan seorang lelaki, Yasser. dia juga penuntut di universiti yang sama dan kami bertemu ketika sama-sama menyertai kelab seni. kami memang berbeza. aku seorang yang periang dan malas belajar, tapi yasser seorang yang serius dan tekun belajar. emm...sesuai la dengan status dia sebagai anak guru. karismanya juga menyebabkan dia terpilih sebagai perwakilan pelajar. rakan-rakanku ramai yang memuji betapa beruntungnya aku mempunyai teman lelaki seperti yasser.

kebahgiaan yang ku idamkan tidak la kekal lama. perhubungan kami putus gara-gara insan ketiga. aku tidak salahkan Yasser kerana memang naluri lelaki yang lemah tika di belai si dara yang cantik jelita. jika di bandingkan aku yang berkulit gelap, masakan boleh menandingi kecantikan insan ketiga. kerana aku sedar diri, aku lepaskan Yasser. memang berat pada mulanya kerana aku sayang Yasser dan kami pula berada di universiti yang sama, pasti kami akan bertembung di kaki lima. tapi alhamdullilah, kekuatan ku berjaya meghapuskan Yasser dari hatiku...dengan dorongan teman2 rapat,aku berjaya juga menamatkan pengajian.

selepas tamat pengajian, aku terus dapat panggilan temuduga di sebuah organisasi antrabangsa. aku mula nekad membina kerjaya, aku tidak pernah memikirkan tentang hati dan perasaan. bukan kerana aku serik, tapi aku belum bersedia membuka pintu hati ini buat lelaki. aku lantas bangun dari bangku dan berjalan ke kereta. hari semakin lewat dan aku perlu segera pulang ke hotel.

tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. bagai tidak percaya, tika ku toleh aku terpandang pada seseorang yang sudah lama tidak ku jumpa. Remi, teman aku dan juga teman Yasser. aku senyum sambil menyambut jabat tangannya. "kau ape cerita sekarang?" soal Remi padaku. kami duduk di cafe pelajar. "aku macam ni la, busy kerja dan masih single" jawabku sambil tersenyum. aku tak sangka Remi kini tutor di universiti ini. dulu dia la pelajar paling malas nak belajar, tapi kini dia mencurah ilmu pada anak bangsa.

"Yasser dah bertunang, kau tau tak?" kata-kata Remy agak lembut, mungkin dia takut aku tersinggung. "Alhamdullilah..."jawabku ringkas. Dah sampai jodoh Yasser dan paling mengejutkan, Yasser bakal berkahwin dengan gadis lain. emm...aku rasa macam nak cakap padan muka pada Yasser. baru Yasser sedar kecantikan tidak membawa sebarang makna. lambat laun muka akan jadi tak cantik jugak, berkerepot! tapi aku sikit pun tak rasa kecik hati. malah aku turut gembira akhirnya Yasser bertemu dengan insan yang benar menyayangi dia seikhlasnya.

aku tinggalkan universiti ini dengan rasa bercampur baur - kecewa dan gembira. kecewa kerana sekali lagi ku tinggalkan memori di sini dan aku gembira kerana dapat bertemu teman lama sambil menikmati menu kegemaran aku di utara - Nasi Ayam Madu. buat Yasser, ku doakan kebahagiaanmu dari jauh....dalam perjalanan pulang ke Alor Star, aku bermohon semoga aku akan kembali ke daerah ini semula....