Total Pageviews

Wednesday, November 28, 2012

Terima kaseh 2012

Lama jugak tak menulis di ruangan ni. sejak masuk tahun 2012, tuntutan kerja dan kehidupan asyik di gear 5 jer. tiada untuk diri sendiri. ramai jugak yang dah aku lukakan sepanjang tahun ni. maaf jika ada yang terasa. sesungguhnya tahun 2012 merupakan tahun rahmat buat diriku. walau aku sentiasa memberi fokus pada kerjaku, aku juga cuba untuk membahagiakan insan-insan di sekelilingku. Berkat doa dan harapan orang tua, aku berjaya memperoleh kerja yang lebih terjamin. Alhamdulillah...dengan kerja sekarang, aku lebih tenang dan aman. tiada lagi suara2 bingit yang menyesakkan telinga. tiada lagi kata2 maki hamun yang harus ku hadap. Di sini semuanya begitu sopan dan saling menghormati satu sama lain. satu pelajaran yang aku belajar dalam hidup ini. jauh di sudut hati, aku sendiri tak sangka aku dah jalan sejauh ini. kalau 3 tahun lalu, hidup aku terasa berada di bawah. semua mata tak pernah nak memuliakan diriku. aku di perlekeh orang yang berjawatan besar kerana kekurangan yang ada pada diriku ini. Excuse me sir, saya pon tak minta di lahirkan tak sempurna macam ni! kadang2 pelik, for a simple job aku di malukan dengan kekurangan diriku. Yes! Tuhan tu maha adil. Kerana penghinaan manusia itu, aku merangkak2 jalan ke hadapan. Serius aku hilang confident! Tapi rezeki yang datang selepas itu merubah hidupku sehingga kini. Terima Kasih Ya Allah! sekurang-kurangnya aku mampu merasa bahgia. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan perasaan ini. maaf la pada mereka yang pening ngan status ku akhir2 ni. tetibe terkenang kisah lama menyayat hati ini. Sekarang pon ramai kawan2 yg jadikan aku inspirasi mereka. Alhamdulillah... rasa mcm dh lengkap tujuan hidup aku di dunia ni. Moga2 tahun 2013, akan memberi lebih banyak rahmat dan kebahagiaan buat diriku. kini aku mula untuk berdikari. moga2 aku akan menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama dan bangsa. Insyallah... doakan saya k!

Saturday, December 31, 2011

bye-bye 2011


Dalam beberapa jam lagi, kelendar masihi akan menginjak ke tahun 2012. tahun baru dan cerita hidup baru. since blog ni jer maseh aktif, ini aje la medan share perasaan dan pikiran aku onwards. tapi ari ni aku bukan nk cerita pasal tahun depan. tapi just nak recap ape yg dah jadi tahun 2011 ni.

well, awal tahun 2011 keluarga kami menerima berita sedih dengan pemergian nenda aku yg dikasihi, di sayangi dan di cintai...selepas 12 bulan menjalani pembedahan pembuangan kanser, nenek semakin uzur dan kurus. akhirnya, dia pergi menghadap yg maha Esa di sisi teman2 rapat dan keluarga beliau. Al-Fatehah utk nenek...

masuk pulak tengah tahun, aku akhirnya habis gak belajar master. dalam pelbagai dugaan dan cabaran serta tak de semangat nak habiskan belajar tu,last2 settle gak la. janji lulus kan! pasni rase mcm xnak je amek phd bagai...sbbnye aku bkn nye ade disiplin tinggi.

dalam bulan 7 tahun ni gak, aku dpt offer dari bos lama utk berkhidmat semula di tempat kerja lama. kali ini aku kembali berkhidmat dgn niat baru iaitu mendidik anak bangsa utk masa depan. kerja ni memang mencabar, tapi punya kepuasan tersendiri. tapi seronok bile jumpe semula kwn2 lama, dan anak2 murid lama yg masih ade.

tahun ni raya pertama kali tanpa nenda tersayang. rumah agak sunyi tapi maseh ramai sedara-mara yg berkunjung ke rumah tanda ingatan. kata mereka tak lengkap raya tanpa bertandang ke rumah arwah nenek. kami sekeluarga pon pergi berkunjung rumah sedara mara serata kuala lumpur sebagai kunjungan balas. lepas ni mungkin dah jarang jumpe sedara mara ni.

masuk bulan 9, kami sekeluarga bersama bercuti ke Universal Studio Singapore. tak pernah kan pegi universal studio. angan2 dah lama pasang, alhamdullillah berkat kumpul duit gaji aku dan family dapat gak jejak kaki ke sana. memang puas gak la dapat pusing singapore dan mengenali singapore.

sebulan kemudian, aku naik pentas utk terima sarjana aku. terima plak dari Tuanku Agong. Waduh...rase bangga sesgt...sambil dpt cuci mata tgk Agong live depan mata. hehehe...anyway, aku dah buat both my parents bangga dengan aku.

hujung bulan 11 yg lalu, kami menerima berita mengejutkan bahawa pak cik aku telah pergi menemui Penciptanya akibat diabetes. kami semua tak sangka begitu cepat beliau pergi. kali terakhir jumpe pon waktu raya haji. moga beliau di tempatkan bersama2 orang yg beriman.

alhamdullillah, bulan 12 ni byk benda baik yg dh berlaku kat family aku. awal bln ari tu, kami sekeluarga buat birthday celebration utk aunty aku kat kedai steamboat. yg seronoknya seluruh keluarga besar aku datang celebrate bersama. pastu last week, skali lagi kami satu family besar bercuti di Port Dickson. riuh-rendah gak hotel tu kami kerjakan. hehehe....sori yer! tapi best bila dpt main go kart! at least aktiviti ni dapat mengeratkan silaturrahim kami sekeluarga.

so, hopefully tahun 2012 akan dapat membawa lebih banyak keceriaan dan kebahgiaan buat kami semua. moga rezeki akan bertambah juge....amin! jumpe lagi tahun depan. =))

Friday, October 21, 2011

Praying for the best!

sekali sekala dapat cuti dari kerja, memang seronok....dapat gak la kurangkan stress keje. dah la punye susah nk dpt cuti! tapi ari ni aku cuti lagi stress sbb bos ngamok kt opis. rasanye, aku dh siapkan report yg dia mintak...agaknye angin kus-kus dia dtg la tu td. rase bersalah plak kt opismet yg kena tiau...huhuhu....

kat rumah pon mcm2 benda gak yg jadi...sejak dah berbaik ngan mak tiri ni, ade2 jer cerita panas yg sampai ke telinga. aku dah sampai naik muak dan jelak mendengar cerita dia tu! tu la....dulu ko nak sgt amek suami org, skg bile tekena batang hidung sendiri tau pon rasa sakit, marah dan geram....padan muke! dulu burukkan kami yer....tgk skg ape laki ko ngate kat ko? huh....naseb ko pon 2x5 mcm kitorang gak dulu. HAHAHA!!!

skg ni....aku hanya doakan yg terbaik utk kita semua. moga kita sekeluarga dilindungi-Nya dari perkara2 yg buruk. kisah yg terjadi merupakan pengajaran besar utk kita. we wait n see bile pak cik tu nk berubah!

Saturday, August 6, 2011

mari jaga mak ayah...

kenapa manusia ni bila susah baru lah nak berbaik ngan orang lain? tapi kalau senang, tegur sapa pon tak ingin. hari ni tiba2 aku bad mood plak dengan sesorang yg sgt hebat. aku tak kesah kalau org tu selalu tegur kelakuan aku yg buruk, tapi aku keciwa bila tgk perangai org tu yg tak berapa sempurna gak. nama aje belajar agama, tapi mak sendiri susah pun liat nak tolong...beribu alasan!

aku yg tak tinggi ilmu agama pon masih ade perasaan tanggungjawab. bukankah dlm islam sendiri itu, kita disuruh memuliakan ibu bapa. ini tak. bila mak susah, kita buat tak tau plak. geram btul aku tgk... skg ni, baru aku nmpk yg doa seorg ibu memang makbul. mana taknye, lately ni mcm2 musibah melanda dia sekeluarga. bukan aku nk mengata, tp aku rasa ini la balasan Tuhan pd org yg selalu keciwakan hati ibunya.

moral of the story, selagi ibu bapa kita masih hidup, jaga la mereka + senangkan la hati mereka. insyallah, balasannya akan kita terima kelak. jangan liat menjaga mak ayah ketika mereka sakit, sbb dulu time kita sakit pon, mak ayah kita yg jg kita. tak penah depa komplen. jd....renung2kan...

Tuesday, June 28, 2011

orang kata vs. aku kata

kalau suka kat seseorang...
kenalah berusaha merebut perhatian dia...
kalau dah namanya malas...
nasib la bila dia pilih yang lain...

kwang-kwang-kwang...

bukan tak nak usaha...
tapi takut hati terluka lagi...
andai cinta bukan milik kita...
hati ini tetap bersama dia...

=)

Friday, June 3, 2011

jumpe 'kwn baik'...

siapa sangka hari ini aku berjumpe dengan 'kawan baik'. dalam berjuta umat manusia kat lembah kelang ni, macam mana aku boleh berjumpe plak ngan minah ni? mula2 tak perasan, tapi lepas tu aku terdengar seseorang panggil nama. dalam hati, aku pon berkata, "mcm kenal nama tu." bila aku tengok satu kapel tengah duduk isi borang, baru lah aku nampak muka mereka. Ya Allah....memang benar itu mereka. kawan baik aku rupenye sedang mengisi borang pak we nye.

aku terus memerhati dari jauh. aku tengok pasangan merpati dua sejoli tu khusyuk isi borang dan prepare untuk interview. aku ingatkan minah tu mohon sekali, rupenye dia escort pak we dia je sambil tolong2 isi borang. begitu supportive minah ni...aku masih duduk menanti giliran untuk dipanggil interview. dalam hati masa tu, Tuhan je yang tahu betapa resahnye aku tika melihat kapel tu pon mohon tempat yang sama. tak boleh imagine kalau kami kerja sama2 satu opis. huhuhu.....

tapi yang peliknye, bulan lepas aku dengar kapel ni dah dapat keje kat sebuah company yang gah. tapi awat depa duk kalut mai interview kat sini plak? pelik tetapi benar. aku tak heran gak kalau kapel tu dtg interview tu sebab kapel ni memang cakap putar belit ngan orang lain. andai rezeki kapel tu kat kompeni tu, aku redha...dah rezeki dia kat situ. rezeki kan datang dari Allah dan rezeki juga ada di mana-mana.

cuma aku macam tak bleh imagine kalau kene keje skali ngan dia. berdepan dengan kapel ni, sangat2 aku cuba hindarkan sejak sekian lama. cukuplah selepas sejarah hitam yg lepas...aku tak ingin ulang memori lama tu. buat sakit hati je! doaku, aku nak hidup dalam kedamaian. tapi kenapa jodoh kami maseh ada? aku tak harap dapat keje tu...tapi kalau aku dan dia dapat di tempat sama, kena la aku cari kekuatan menempuh hari2 mendatang....

Thursday, May 5, 2011

aku sedang ingin becinta...

kenapalah bila tengok cite cinta....mesti rasa macam nak becinta gak??? pastu, dalam hati ni wujud taman bunga berekar-ekar luasnya.... lagi-lagi bila sang arjuna begitu bersungguh mengejar cinta si srikandi walau pelbagai dugaan mendatang. haiii.....alangkah indah kalau wujud insan bernama lelaki seperti itu di dunia realiti ni. kesetiaan sang arjuna tu yang aku paling kagum! walau datang sang bidadari menggoda arjuna, tapi cintanya pada srikandi tetap utuh bak tembok besar cina. wawawa....aku suka kalau berangan begini.

hakikatnya, realiti tak la seindah fantasi. kalau semuanya indah, takkan ramai pasangan yang kecundang kan? tapi tak mustahil wujudnya cinta yang telus. andai ada la orang yang berjumpa dengan cinta ini, jangan la lepaskannya...tak semua sebertuah anda!sejak dah malas nak baca novel cinta....aku suka layan soap opera negara asing. seronok gak layan kisah cinta mereka ni. pendek kata, tak mudah nak dapat cinta suci. ceeewwaahhh... ingatlah wahai manusia, bahawasanya cinta paling agung adalah cinta pada Penciptanya.

bukan senang nak jumpe cinta. kalau senang, dah lama aku berumahtangga agaknya. kadang-kadang kalau orang baik dengan kita, tak semestinya dia suka kat kita. tu nama dia kita yang perasan...orang tu mungkin tolong kerana 'kawan'. andai si dia the best partner kita kat tempat keje, tak semestinya korang meant for each other. kalau kapel satu tempat keje payah juge, lagi-lagi satu department. jadi, baik cari orang lain. kalau gaduh, tak la terjejas keje korang.

aku paling menyampah bila ada kapel yang menafikan perasaan hati dia. eeee....geram pulak aku tengok bila seorang sibuk mengayat, tapi yang seorang lagi memanjang jual mahal. bila si dia dah moved on, baru terhegeh-hegeh nak pujuk. agak-agak la kalau nak jual mahal pon. kadang-kadang kena beralah juge, mcm main layang-layang tu...jangan sampai layang-layang tu terlepas!

ada gak kapel yang ada niat jahat kat kita. misalnya, dia bukan suka kita kerana diri kita, tapi dia suka harta dan pangkat kita je. hati-hati tu....mula-mula je mulutnya manis, perilaku nya baik....tapi lama-lama dah habis kikis, kita di tinggalkannya. kita juga yang gigit jari...ouucchhh...

walaupun ade macam-macam fi'il orang bercinta, aku suka tengok orang bercinta. nampak sweet je. aku kalau tengok drama cinta, mula lah rasa ingin becinta juga. pastu emosional. haisshhh.... sekali sekala dapat lah aku berangan ade kekasih yang kacak lagi bergaya, caring dan kaya raya. hahaha.... kadang-kadang terbit gak cemburu kenapa orang tu dapat kapel yang tinggi akhlaknya dan bertanggungjawab. isk....isk...isk...mungkin itu rezeki dia yang Tuhan bagi. kalau nak satu, kita kenalah berdoa sehingga Tuhan makbulkan doa kita. InsyaAllah....