Total Pageviews

Wednesday, April 13, 2011

Wanita Sebagai Pemimpin

sejak akhir-akhir ini, pencapaian wanita dalam pelbagai bidang begitu membanggakan. wanita kini tidak seperti wanita 60-70 tahun lalu yang mana mereka tidak berpendidikan dan hanya dianggap 'suri' kepada sang suami. paling hebat pun, wanita dulu berniaga kecil-kecilan bagi membantu ekonomi suami dan keluarga. selepas merdeka, kaum wanita mula di beri peluang dalam pendidikan dan bekerjaya sama seperti lelaki. malah, kaum wanita juga turut terlibat dalam pentadbiran negara seperti ahli kabinet. pendek kata, wanita kini setanding lelaki.

namun yang menjadi persoalannya, mampukah wanita menjadi pemimpin? aku percaya, tidak semua manusia selesa dengan pemimpin wanita. walaupun aku wanita, aku sendiri tidak suka punya ketua seorang wanita. aku bercakap pun atas pengalaman sendiri. jadi, aku bukan lah golongan feminism. bukan aku anti feminin, cuma ada beberapa perkara yang wanita memang tak sesuai uruskan. perkara ni pun termaktub dalam al-Quran dan sunnah nabi. untuk menambah pemahaman, aku pun ada membaca pandangan Islam tentang kepimpinan wanita ni...

sesungguhnya tiada nabi mahupun rasul yang diutuskan Allah dari kalangan wanita. Nabi Muhammad s.a.w juga tidak pernah melantik ahli syura dari kalangan wanita. Malah, imam dalam solat juga tidak boleh wanita, kecuali makmumnya juga wanita (berdasarkan Imam Hanafi, Syafi'i, Hambali dan Ja'fari/ Imammiah). kaum wanita juga ditegah memimpin ketenteraan kerana sifat wanita itu sendiri yang tidak mampu. Islam bukan mendiskriminasikan wanita, namun ada sebabnya mengapa wanita tidak boleh menjadi pemimpin.

dalam medan perang misalnya, islam menegah wanita di barisan hadapan kerana tidak mahu wanita menjadi umpan peluru musuh. sebaliknya, wanita menjadi tunjang di belakang dengan membantu merawat askar yang tercedera ketika bertempur agar dapat kembali ke medan perang melawan musuh. jadi islam sebenarnya melindungi wanita dari di eksploitasi manusia yang bongkak!

sehingga kini, perbalahan tentang hak wanita sebagai pemimpin hangat di perdebatkan. dalam Islam, hukum bagi wanita menjadi pemimpin ialah 'Harus'. pemilihan pemimpin wanita juga mestilah apabila sudah tidak ada lagi lelaki Islam yang mampu jadi pemimpin, barulah kita memilih wanita. andai wanita di pilih menjadi pemimpin, maka seharusnya ada ahli penasihat/ syura dalam usaha membuat keputusan. keutamaan memilih pemimpin lelaki adalah kerana kekuatannya secara fizikal dan mental. tapi, zaman sekarang ni, walau ada lelaki yang layak jadi pemimpin tapi kita masih nak pilih wanita juga. rupanya, ianya salah jika wanita memimpin lelaki. seolah-olah seperti isteri memimpin suami. nampak pelik kan?

Al Baghowiy mengatakan dalam Syarhus Sunnah:
"Para ulama sepakat bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin dan juga hakim. Alasannya,kerana pemimpin harus memimpin jihad. Begitu juga seorang pemimpin negara haruslah menyelesaikan urusan kaum muslimin. Seorang hakim haruslah boleh menyelesaikan sengketa.Sedangkan wanita adalah aurat, tidak diperkenankan berhias (apabila keluar rumah). Wanita itu lemah, tidak mampu menyelesaikan setiap urusan karena mereka kurang (akal dan agamanya). Kepemimpinan dan masalah memutuskan suatu perkara adalah tanggung jawab yang begitu urgent. Oleh karena itu yang menyelesaikannya adalah orang yang tidak memiliki kekurangan(seperti wanita)yaitu kaum lelaki lah yang sesuai menyelesaikannya".

sememangnya, peredaran zaman merubah kedudukan wanita di mata masyarakat. tak dinafikan masih ada negara yang mengongkong kebebasan wanita untuk bersuara, bersekolah dan bekerjaya seperti lelaki. wanita juga ditegah meninggalkan rumah. ternyata, masyarakat di negara tersebut (kebanyakannya negara Islam) masih belum mempunyai kesedaran. mungkin mereka terlalu ekstrim dengan kedudukan wanita.

terbalik pula dengan negara-negara yang memberi kebebasan kepada wanita untuk berjaya. wanita semakin mendominasi kerusi di institusi pendidikan tinggi, cemerlang dalam pengajiannya, mengejar kedudukan tertinggi agar setaraf dengan lelaki. bagi menepis pandangan sinis golongan lelaki, wanita kadang-kala hilang pertimbangan, mudah terpengaruh dan mudah mengikut ego demi menuju puncak kejayaan. biasanya, jika wanita memilih kerjaya, maka keluarga yang akan menjadi korbannya. hal yang sedemikianlah yang dilarang dalam Islam. tugas wanita adalah mentadbir keluarganya, bukan menghancurkan keluarganya.

konklusinya, isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya. perdebatan antara ulama' tidak akan berhenti. secara peribadi, aku tidak menyokong kepimpinan wanita. bukan kerana aku anti feminism, tapi wanita ni cetek akal dan agamanya. kadang-kadang agak kurang perikemanusiaan juga la... wanita mudah di pujuk rayu, jadi untung kalau dapat orang bawahan kaki kipas dan bermulut manis. pasti mampu jadi pekerja kesayangan bos wanita! oooppssss......maaf bagi yang terasa.

p/s: tulisan ini untuk renungan bersama. sekian.