Total Pageviews

Thursday, January 6, 2011

al kisah kamek pegi sinun....

dah lama rasanya tak menulis di blog ni....al maklumlah, sibuk hal duniawi. kuikuikui...

namun begitu, hari ni aku nak share pengalaman aku ke bumi kenyalang. satu destinasi yang jarang aku sampai. rasanya selama hampir 3 dekad aku hidup, baru 5 kali aku sampai ke bumi kenyalang ni. kali pertama waktu aku baru pandai meniarap (ayah aku dulu keje kuching), waktu aku tingkatan 1, waktu tahun akhir di universiti, waktu keje swasta dan waktu sekarang....boleh tahan jugak eh.

apa yang menariknya, tiap kali aku terbang dari semenanjung ke bumi kenyalang, pasti ke bandar yang berbeza. rasa-rasa ini lah pengalaman paling seronok dalam hidup. kat semenanjung tak dapat pengalaman yang sebegini rupa. perbezaan budaya, bahasa, adat resam serta bentuk muka bumi juga berbeza.mak aku selalu kata, bumi kenyalang mengingatkan dia pada semenanjung waktu dulu-dulu. tapi bagi aku, pembangunan di bumi kenyalang tak kurang hebatnya. apa yang aku lihat belasan tahun dulu, dah tak sama macam sekarang.

tak dinafikan masih ada beberapa tempat masih belum menikmati pembangunan. keselesaan pemanduaan di bumi kenyalang pon tak sama macam di semenanjung. banyak jalan berbonggol (tanah tak rata) dan berdebu. sebab tu majoriti penduduk bumi kenyalang naik pick up truck atau 4WD. kawasan rehat dan rawat pon boleh kata tak ada di sepanjang perjalanan. kalau rasa nak ke tandas, kenalah singgah stesen minyak / masjid/ surau / tandas yang disediakan di kampung-kampung. kadang-kadang, di pekan kecil ade disediakan kemudahan tandas awam dan kedai makan untuk pemandu. fuh....jenuh gak nak menahan sampai ke destinasi.

walau perjalanan yang agak 'rough', tapi aku suka tengok pemandangan hijau di kiri dan kanan jalan. tumbuhan liar tumbuh subur di tepi jalan utama. ladang sawit, getah, padi huma dan lada hitam juga banyak ku temui di sepanjang laluan. sekejap-sekejap aku akan melalui perkampungan penduduk natif sarawak. dapat lah aku melihat secara 'live' rumah panjang tradisi sarawak. sebelum ni hanya tengok melalui TV atau buku je. dulu waktu kat miri, aku ingat lagi kena naik feri untuk menyeberang sungai yang luas. waktu tu belum ade kemudahan jambatan lagi. sekarang tak tau la macam mana...so far, dalam perjalanan aku dari bintulu ke miri dah ade jambatan di sungai-sungai.

kalau dah sampai bumi kenyalang, perkara wajib di rasa ialah umai. pegi mana-mana restoran, pasti ada juadah umai. umai ialah sejenis makanan tradisi orang sarawak dimana isi ikan mentah akan digaul bersama bawang, cili dan air asam. kalau kat semenanjung macam kerabu. tapi tak semua perut orang malaysia mampu terima makanan ni. mana yang tak serasi, pasti akan mengalami cirit-birit.jadi, hati-hati yer... selain umai, makanan yang best untuk dinikmati ialah sayur midin. bentuk sama macam pucuk paku. cara masakan pon sama macam pucuk paku; tumis ngan bawang putih atau goreng belachan. fuhhhh....kalau makan panas-panas memang sedap! makanan laut di sarawak pon sedap dan segar. rugi lah kalau tak makan....

waktu kat miri, aku berpeluang makan nasi lalapan. haaa....waktu tengok menu tu, berkerut gak la sebab tak pernah dengar. tapi bila dah pesan, baru aku tahu kenapa makanan tersebut dipanggil nasi lalapan. nasi lalapan ade lapan lauk (kebanyakannya ulam-ulam). sekali pandang, macam nasi ayam penyet kat kedai AP sebab ada kacang panjang, kobis, tempe dan tauhu goreng. tapi sambalnye saje yang berbeza. sambal nasi lalapan memang sedap, yakni tak berapa pedas dan ada belachan. lauk ayamnya juga berempah. sesuai bila minum bersama teh 3 lapis. haisshh...aku kalau bab makan memang suke kan!

sememangnye seronok jika dapat tinggal di bumi kenyalang. tapi apa yang penting, orang luar mestilah menghormati budaya dan adat masyarakat tempatan. jangan pandang mereka sebelah mata (lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di pedalaman). jika anda muslim dan dihidangkan air tuak (arak), tolaklah dengan baik. ucapkan terima kasih dulu, kemudian katakan anda muslim dan tidak minum arak. jangan ambil gelas arak tersebut sebab sekali dah ambil anda wajib minum di depan tuai rumah. jadi, hati-hati. jangan sampai melanggar had agama dan menyinggung tuai rumah pula.

itulah sedikit sebanyak pengalaman aku di bumi kenyalang. moga tulisan aku dapat menjadi ilmu pada pembaca. oleh itu, moh la kita pegi bercuti dalam malaysia....