Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

bye-bye 2011


Dalam beberapa jam lagi, kelendar masihi akan menginjak ke tahun 2012. tahun baru dan cerita hidup baru. since blog ni jer maseh aktif, ini aje la medan share perasaan dan pikiran aku onwards. tapi ari ni aku bukan nk cerita pasal tahun depan. tapi just nak recap ape yg dah jadi tahun 2011 ni.

well, awal tahun 2011 keluarga kami menerima berita sedih dengan pemergian nenda aku yg dikasihi, di sayangi dan di cintai...selepas 12 bulan menjalani pembedahan pembuangan kanser, nenek semakin uzur dan kurus. akhirnya, dia pergi menghadap yg maha Esa di sisi teman2 rapat dan keluarga beliau. Al-Fatehah utk nenek...

masuk pulak tengah tahun, aku akhirnya habis gak belajar master. dalam pelbagai dugaan dan cabaran serta tak de semangat nak habiskan belajar tu,last2 settle gak la. janji lulus kan! pasni rase mcm xnak je amek phd bagai...sbbnye aku bkn nye ade disiplin tinggi.

dalam bulan 7 tahun ni gak, aku dpt offer dari bos lama utk berkhidmat semula di tempat kerja lama. kali ini aku kembali berkhidmat dgn niat baru iaitu mendidik anak bangsa utk masa depan. kerja ni memang mencabar, tapi punya kepuasan tersendiri. tapi seronok bile jumpe semula kwn2 lama, dan anak2 murid lama yg masih ade.

tahun ni raya pertama kali tanpa nenda tersayang. rumah agak sunyi tapi maseh ramai sedara-mara yg berkunjung ke rumah tanda ingatan. kata mereka tak lengkap raya tanpa bertandang ke rumah arwah nenek. kami sekeluarga pon pergi berkunjung rumah sedara mara serata kuala lumpur sebagai kunjungan balas. lepas ni mungkin dah jarang jumpe sedara mara ni.

masuk bulan 9, kami sekeluarga bersama bercuti ke Universal Studio Singapore. tak pernah kan pegi universal studio. angan2 dah lama pasang, alhamdullillah berkat kumpul duit gaji aku dan family dapat gak jejak kaki ke sana. memang puas gak la dapat pusing singapore dan mengenali singapore.

sebulan kemudian, aku naik pentas utk terima sarjana aku. terima plak dari Tuanku Agong. Waduh...rase bangga sesgt...sambil dpt cuci mata tgk Agong live depan mata. hehehe...anyway, aku dah buat both my parents bangga dengan aku.

hujung bulan 11 yg lalu, kami menerima berita mengejutkan bahawa pak cik aku telah pergi menemui Penciptanya akibat diabetes. kami semua tak sangka begitu cepat beliau pergi. kali terakhir jumpe pon waktu raya haji. moga beliau di tempatkan bersama2 orang yg beriman.

alhamdullillah, bulan 12 ni byk benda baik yg dh berlaku kat family aku. awal bln ari tu, kami sekeluarga buat birthday celebration utk aunty aku kat kedai steamboat. yg seronoknya seluruh keluarga besar aku datang celebrate bersama. pastu last week, skali lagi kami satu family besar bercuti di Port Dickson. riuh-rendah gak hotel tu kami kerjakan. hehehe....sori yer! tapi best bila dpt main go kart! at least aktiviti ni dapat mengeratkan silaturrahim kami sekeluarga.

so, hopefully tahun 2012 akan dapat membawa lebih banyak keceriaan dan kebahgiaan buat kami semua. moga rezeki akan bertambah juge....amin! jumpe lagi tahun depan. =))

Friday, October 21, 2011

Praying for the best!

sekali sekala dapat cuti dari kerja, memang seronok....dapat gak la kurangkan stress keje. dah la punye susah nk dpt cuti! tapi ari ni aku cuti lagi stress sbb bos ngamok kt opis. rasanye, aku dh siapkan report yg dia mintak...agaknye angin kus-kus dia dtg la tu td. rase bersalah plak kt opismet yg kena tiau...huhuhu....

kat rumah pon mcm2 benda gak yg jadi...sejak dah berbaik ngan mak tiri ni, ade2 jer cerita panas yg sampai ke telinga. aku dah sampai naik muak dan jelak mendengar cerita dia tu! tu la....dulu ko nak sgt amek suami org, skg bile tekena batang hidung sendiri tau pon rasa sakit, marah dan geram....padan muke! dulu burukkan kami yer....tgk skg ape laki ko ngate kat ko? huh....naseb ko pon 2x5 mcm kitorang gak dulu. HAHAHA!!!

skg ni....aku hanya doakan yg terbaik utk kita semua. moga kita sekeluarga dilindungi-Nya dari perkara2 yg buruk. kisah yg terjadi merupakan pengajaran besar utk kita. we wait n see bile pak cik tu nk berubah!

Saturday, August 6, 2011

mari jaga mak ayah...

kenapa manusia ni bila susah baru lah nak berbaik ngan orang lain? tapi kalau senang, tegur sapa pon tak ingin. hari ni tiba2 aku bad mood plak dengan sesorang yg sgt hebat. aku tak kesah kalau org tu selalu tegur kelakuan aku yg buruk, tapi aku keciwa bila tgk perangai org tu yg tak berapa sempurna gak. nama aje belajar agama, tapi mak sendiri susah pun liat nak tolong...beribu alasan!

aku yg tak tinggi ilmu agama pon masih ade perasaan tanggungjawab. bukankah dlm islam sendiri itu, kita disuruh memuliakan ibu bapa. ini tak. bila mak susah, kita buat tak tau plak. geram btul aku tgk... skg ni, baru aku nmpk yg doa seorg ibu memang makbul. mana taknye, lately ni mcm2 musibah melanda dia sekeluarga. bukan aku nk mengata, tp aku rasa ini la balasan Tuhan pd org yg selalu keciwakan hati ibunya.

moral of the story, selagi ibu bapa kita masih hidup, jaga la mereka + senangkan la hati mereka. insyallah, balasannya akan kita terima kelak. jangan liat menjaga mak ayah ketika mereka sakit, sbb dulu time kita sakit pon, mak ayah kita yg jg kita. tak penah depa komplen. jd....renung2kan...

Tuesday, June 28, 2011

orang kata vs. aku kata

kalau suka kat seseorang...
kenalah berusaha merebut perhatian dia...
kalau dah namanya malas...
nasib la bila dia pilih yang lain...

kwang-kwang-kwang...

bukan tak nak usaha...
tapi takut hati terluka lagi...
andai cinta bukan milik kita...
hati ini tetap bersama dia...

=)

Friday, June 3, 2011

jumpe 'kwn baik'...

siapa sangka hari ini aku berjumpe dengan 'kawan baik'. dalam berjuta umat manusia kat lembah kelang ni, macam mana aku boleh berjumpe plak ngan minah ni? mula2 tak perasan, tapi lepas tu aku terdengar seseorang panggil nama. dalam hati, aku pon berkata, "mcm kenal nama tu." bila aku tengok satu kapel tengah duduk isi borang, baru lah aku nampak muka mereka. Ya Allah....memang benar itu mereka. kawan baik aku rupenye sedang mengisi borang pak we nye.

aku terus memerhati dari jauh. aku tengok pasangan merpati dua sejoli tu khusyuk isi borang dan prepare untuk interview. aku ingatkan minah tu mohon sekali, rupenye dia escort pak we dia je sambil tolong2 isi borang. begitu supportive minah ni...aku masih duduk menanti giliran untuk dipanggil interview. dalam hati masa tu, Tuhan je yang tahu betapa resahnye aku tika melihat kapel tu pon mohon tempat yang sama. tak boleh imagine kalau kami kerja sama2 satu opis. huhuhu.....

tapi yang peliknye, bulan lepas aku dengar kapel ni dah dapat keje kat sebuah company yang gah. tapi awat depa duk kalut mai interview kat sini plak? pelik tetapi benar. aku tak heran gak kalau kapel tu dtg interview tu sebab kapel ni memang cakap putar belit ngan orang lain. andai rezeki kapel tu kat kompeni tu, aku redha...dah rezeki dia kat situ. rezeki kan datang dari Allah dan rezeki juga ada di mana-mana.

cuma aku macam tak bleh imagine kalau kene keje skali ngan dia. berdepan dengan kapel ni, sangat2 aku cuba hindarkan sejak sekian lama. cukuplah selepas sejarah hitam yg lepas...aku tak ingin ulang memori lama tu. buat sakit hati je! doaku, aku nak hidup dalam kedamaian. tapi kenapa jodoh kami maseh ada? aku tak harap dapat keje tu...tapi kalau aku dan dia dapat di tempat sama, kena la aku cari kekuatan menempuh hari2 mendatang....

Thursday, May 5, 2011

aku sedang ingin becinta...

kenapalah bila tengok cite cinta....mesti rasa macam nak becinta gak??? pastu, dalam hati ni wujud taman bunga berekar-ekar luasnya.... lagi-lagi bila sang arjuna begitu bersungguh mengejar cinta si srikandi walau pelbagai dugaan mendatang. haiii.....alangkah indah kalau wujud insan bernama lelaki seperti itu di dunia realiti ni. kesetiaan sang arjuna tu yang aku paling kagum! walau datang sang bidadari menggoda arjuna, tapi cintanya pada srikandi tetap utuh bak tembok besar cina. wawawa....aku suka kalau berangan begini.

hakikatnya, realiti tak la seindah fantasi. kalau semuanya indah, takkan ramai pasangan yang kecundang kan? tapi tak mustahil wujudnya cinta yang telus. andai ada la orang yang berjumpa dengan cinta ini, jangan la lepaskannya...tak semua sebertuah anda!sejak dah malas nak baca novel cinta....aku suka layan soap opera negara asing. seronok gak layan kisah cinta mereka ni. pendek kata, tak mudah nak dapat cinta suci. ceeewwaahhh... ingatlah wahai manusia, bahawasanya cinta paling agung adalah cinta pada Penciptanya.

bukan senang nak jumpe cinta. kalau senang, dah lama aku berumahtangga agaknya. kadang-kadang kalau orang baik dengan kita, tak semestinya dia suka kat kita. tu nama dia kita yang perasan...orang tu mungkin tolong kerana 'kawan'. andai si dia the best partner kita kat tempat keje, tak semestinya korang meant for each other. kalau kapel satu tempat keje payah juge, lagi-lagi satu department. jadi, baik cari orang lain. kalau gaduh, tak la terjejas keje korang.

aku paling menyampah bila ada kapel yang menafikan perasaan hati dia. eeee....geram pulak aku tengok bila seorang sibuk mengayat, tapi yang seorang lagi memanjang jual mahal. bila si dia dah moved on, baru terhegeh-hegeh nak pujuk. agak-agak la kalau nak jual mahal pon. kadang-kadang kena beralah juge, mcm main layang-layang tu...jangan sampai layang-layang tu terlepas!

ada gak kapel yang ada niat jahat kat kita. misalnya, dia bukan suka kita kerana diri kita, tapi dia suka harta dan pangkat kita je. hati-hati tu....mula-mula je mulutnya manis, perilaku nya baik....tapi lama-lama dah habis kikis, kita di tinggalkannya. kita juga yang gigit jari...ouucchhh...

walaupun ade macam-macam fi'il orang bercinta, aku suka tengok orang bercinta. nampak sweet je. aku kalau tengok drama cinta, mula lah rasa ingin becinta juga. pastu emosional. haisshhh.... sekali sekala dapat lah aku berangan ade kekasih yang kacak lagi bergaya, caring dan kaya raya. hahaha.... kadang-kadang terbit gak cemburu kenapa orang tu dapat kapel yang tinggi akhlaknya dan bertanggungjawab. isk....isk...isk...mungkin itu rezeki dia yang Tuhan bagi. kalau nak satu, kita kenalah berdoa sehingga Tuhan makbulkan doa kita. InsyaAllah....

Wednesday, April 13, 2011

Wanita Sebagai Pemimpin

sejak akhir-akhir ini, pencapaian wanita dalam pelbagai bidang begitu membanggakan. wanita kini tidak seperti wanita 60-70 tahun lalu yang mana mereka tidak berpendidikan dan hanya dianggap 'suri' kepada sang suami. paling hebat pun, wanita dulu berniaga kecil-kecilan bagi membantu ekonomi suami dan keluarga. selepas merdeka, kaum wanita mula di beri peluang dalam pendidikan dan bekerjaya sama seperti lelaki. malah, kaum wanita juga turut terlibat dalam pentadbiran negara seperti ahli kabinet. pendek kata, wanita kini setanding lelaki.

namun yang menjadi persoalannya, mampukah wanita menjadi pemimpin? aku percaya, tidak semua manusia selesa dengan pemimpin wanita. walaupun aku wanita, aku sendiri tidak suka punya ketua seorang wanita. aku bercakap pun atas pengalaman sendiri. jadi, aku bukan lah golongan feminism. bukan aku anti feminin, cuma ada beberapa perkara yang wanita memang tak sesuai uruskan. perkara ni pun termaktub dalam al-Quran dan sunnah nabi. untuk menambah pemahaman, aku pun ada membaca pandangan Islam tentang kepimpinan wanita ni...

sesungguhnya tiada nabi mahupun rasul yang diutuskan Allah dari kalangan wanita. Nabi Muhammad s.a.w juga tidak pernah melantik ahli syura dari kalangan wanita. Malah, imam dalam solat juga tidak boleh wanita, kecuali makmumnya juga wanita (berdasarkan Imam Hanafi, Syafi'i, Hambali dan Ja'fari/ Imammiah). kaum wanita juga ditegah memimpin ketenteraan kerana sifat wanita itu sendiri yang tidak mampu. Islam bukan mendiskriminasikan wanita, namun ada sebabnya mengapa wanita tidak boleh menjadi pemimpin.

dalam medan perang misalnya, islam menegah wanita di barisan hadapan kerana tidak mahu wanita menjadi umpan peluru musuh. sebaliknya, wanita menjadi tunjang di belakang dengan membantu merawat askar yang tercedera ketika bertempur agar dapat kembali ke medan perang melawan musuh. jadi islam sebenarnya melindungi wanita dari di eksploitasi manusia yang bongkak!

sehingga kini, perbalahan tentang hak wanita sebagai pemimpin hangat di perdebatkan. dalam Islam, hukum bagi wanita menjadi pemimpin ialah 'Harus'. pemilihan pemimpin wanita juga mestilah apabila sudah tidak ada lagi lelaki Islam yang mampu jadi pemimpin, barulah kita memilih wanita. andai wanita di pilih menjadi pemimpin, maka seharusnya ada ahli penasihat/ syura dalam usaha membuat keputusan. keutamaan memilih pemimpin lelaki adalah kerana kekuatannya secara fizikal dan mental. tapi, zaman sekarang ni, walau ada lelaki yang layak jadi pemimpin tapi kita masih nak pilih wanita juga. rupanya, ianya salah jika wanita memimpin lelaki. seolah-olah seperti isteri memimpin suami. nampak pelik kan?

Al Baghowiy mengatakan dalam Syarhus Sunnah:
"Para ulama sepakat bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin dan juga hakim. Alasannya,kerana pemimpin harus memimpin jihad. Begitu juga seorang pemimpin negara haruslah menyelesaikan urusan kaum muslimin. Seorang hakim haruslah boleh menyelesaikan sengketa.Sedangkan wanita adalah aurat, tidak diperkenankan berhias (apabila keluar rumah). Wanita itu lemah, tidak mampu menyelesaikan setiap urusan karena mereka kurang (akal dan agamanya). Kepemimpinan dan masalah memutuskan suatu perkara adalah tanggung jawab yang begitu urgent. Oleh karena itu yang menyelesaikannya adalah orang yang tidak memiliki kekurangan(seperti wanita)yaitu kaum lelaki lah yang sesuai menyelesaikannya".

sememangnya, peredaran zaman merubah kedudukan wanita di mata masyarakat. tak dinafikan masih ada negara yang mengongkong kebebasan wanita untuk bersuara, bersekolah dan bekerjaya seperti lelaki. wanita juga ditegah meninggalkan rumah. ternyata, masyarakat di negara tersebut (kebanyakannya negara Islam) masih belum mempunyai kesedaran. mungkin mereka terlalu ekstrim dengan kedudukan wanita.

terbalik pula dengan negara-negara yang memberi kebebasan kepada wanita untuk berjaya. wanita semakin mendominasi kerusi di institusi pendidikan tinggi, cemerlang dalam pengajiannya, mengejar kedudukan tertinggi agar setaraf dengan lelaki. bagi menepis pandangan sinis golongan lelaki, wanita kadang-kala hilang pertimbangan, mudah terpengaruh dan mudah mengikut ego demi menuju puncak kejayaan. biasanya, jika wanita memilih kerjaya, maka keluarga yang akan menjadi korbannya. hal yang sedemikianlah yang dilarang dalam Islam. tugas wanita adalah mentadbir keluarganya, bukan menghancurkan keluarganya.

konklusinya, isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya. perdebatan antara ulama' tidak akan berhenti. secara peribadi, aku tidak menyokong kepimpinan wanita. bukan kerana aku anti feminism, tapi wanita ni cetek akal dan agamanya. kadang-kadang agak kurang perikemanusiaan juga la... wanita mudah di pujuk rayu, jadi untung kalau dapat orang bawahan kaki kipas dan bermulut manis. pasti mampu jadi pekerja kesayangan bos wanita! oooppssss......maaf bagi yang terasa.

p/s: tulisan ini untuk renungan bersama. sekian.

Monday, March 7, 2011

ada orang terkejut tengok aku shopping!!!

entry aku kali ni saje aku nak share ngan pembaca. biasalah orang perempuan mesti dikaitkan dengan shopping atau sesi menghabiskan duit. aku juga seorang perempuan, dan aku juga suka shopping (ikut mood).

baru-baru ni, aku keluar ngan seorang teman yang tak berapa nak rapat sangat. walaupun dah lama kenal, tapi jarang hang out bersama. kami pun pergi ke sebuah pusat membeli belah sebab aku kata nak gi tengok handphone.

sampai je kat gerai handphone, aku tanye kat tauke tu harga beberapa model handphone. disebabkan aku ni masih student, jadi aku dah rancang nak beli yang paling murah. kebetulan handphone yang aku cari tu sama model ngan teman yang menemani aku tu. dia pun beria-ia suruh aku pilih yang sama patern dan color dengan dia. sebenarnya aku baru nak pilih color pink.

belek-belek dalam 60 saat, aku terus cakap ngan tauke tu..."tauke, saya mau yang ini". tauke tu pon dalam terpinga gi la keluarkan resit dan cari kotak handphone tu. teman aku tu pon terkejut tengok aku terus beli, mcm aku tak fikir2 dulu dan tengok kedai lain. rasanya dalam 10 minit, aku dah beli handphone tu la. laju tak? hehehee....

lepas kami gi kedai handphone, kami tuju plak pusat karaoke. kebetulan nak masuk pusat karaoke tu lalu kedai2 jual barang2 komputer. aku dan teman aku pon singgah tengok2 barang dalam kedai tu. mata kami tercacak kat wireless headphone. harga agak berpatutan dan nyata menggoda aku untuk membelinya.

teman aku bertanya pada tauke kedai pasal wireless headphone tu. last2, dia tak jadi beli. dia kata dia nak pikir2 dulu. tapi adakah aku akan pikir2 dulu gak mcm teman aku tu? masalahnye, aku dah lama pikir nak beli headphone + mouse. susah nak wat keje tanpa mouse.

akhirnya aku beli gak headphone (bukan wireless), mouse dan ink printer skali. total semua ade gak la dekat rm100. sekali lagi teman aku tu terkejut. dia kata dia tak sangka aku jenis masuk kedai terus nak beli. hahahaha.....

sebenarnya, aku dah lama senaraikan ape nak beli. aku ni rajin gak window shopping sebab fulus kurang kan...so, bila dah jumpe tempat yang berpatutan dan bila aku ade duit skit, pasti aku akan terus membeli. aku rasa rugi plak kalau tak beli...

oleh itu, buat mereka yang terkejut....aku bukan la banyak duit sampai masuk kedai terus membeli. aku dah survey dulu sebelum membeli. kebetulan aku bawak teman plak tika bershopping, tu yang mereka salah tafsir tu. tapi aku boleh jadi pembeli yang boros apabila aku dalam stress! been there, done that! huhuhu.....

buat teman aku tu....terima kasih sebab sudi ikut saya beli barang + karoke + belanje makan nasi lemak + Neslo Ais... =))

Tuesday, March 1, 2011

crossroads....



i have come to a crossroad. pening jugak mahu memikirkan mana satu nak aku pilih sebagai jalan hidup di masa depan. aku bersyukur sebab ada juga yang sudi melamar diri ini untuk bekerja dengan mereka. memandangkan aku masih belajar, jadi tawaran tu aku tolak buat masa ni. tapi, masih ada tawaran yang kerap menjengah. ini yang buat aku dalam dilema....

antara makan gaji atau bekerja sendiri. itulah crossroad aku. kena pilih antara dua haluan. dua-dua kerja punya cabaran tersendiri, tapi tahap kepuasan je yang berbeza.

kalau ikut kata famili, pasti mereka nak aku keje makan gaji. at least, ada sekuriti dan faedah. tapi sejak nenek meninggal, dia juga meninggalkan perniagaannya untuk diuruskan oleh keluarganya. malangnya, sekarang ni tiada siapa yang berminat nak teruskan perniagaan peninggalan nenek. sayang jugak kalau nak tutup je bisnes arwah nenek tu, sebab dah lama beroperasi. tapi bisnes ni biasalah.....banyak cabarannya.

buat masa sekarang, aku cuba puaskan dulu hati famili aku. andai rezeki tak memihak pada makan gaji, kita cuba plak berbisnes.....kalu bisnes tak jadi??? aiyaakkkk..... ape mau jadi ni???? kuang-kuang-kuang!!!!

Tuesday, February 22, 2011

Perginya Rabeah Amirin (1930-2011)

foto waktu nenek masih sihat dan kami ramai2 gi holiday kat pangkor.


Hari ini genap 7 hari arwah nenek menghembuskan nafasnya. rasa macam tak percaya pulak. al-fatehah untuk arwah nenek. semoga roh nenek di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

betul kata org, dalam hidup manusia...pengakhiran hayat bukan lah yang kita cari. tapi perjalanan hidup yang lebih bermakna. mungkin selama ini aku buta! tak nampak ape kebaikan yang org lain buat. aku dulu suka pangkah nenek aku. tapi dalam hati je la... aku tak pernah bersuara pon, takut jadi cucu derhaka. well, surprisingly waktu arwah meninggal, ramai yang datang menziarah arwah buat kali terakhir. tak putus-putus orang datang. ramainya unfamiliar faces bagi aku. ada yang datang tu anak murid arwah nenek, kenalan lama, client bisness arwah, sedara-mara tak payah cakap la....jauh2 mereka datang ziarah + dtg kenduri tahlil. terima kasih pada mereka yang sudi datang.

mak aku kata, sebab arwah nenek suka tolong orang dan bersedekah masa hayatnya, sebab tu ramai yang datang menziarah arwah. alhamdullilah....arwah pon x lama sakit, terus je pergi meninggalkan kami. tiga hari sebelum arwah pergi, aku terasa gak bila nenek pandang aku semacam jer. macam nenek cuba cakap sesuatu, tapi dia tak bersuara. rupa-rupanya that was our final goodbye. sedih gak bila kenang balik.....tapi kita pon tak boleh meratapi pemergian org yang dah tak ade. tak elok kan....

anyway, hajat arwah nenek untuk di bawa pulang ke rumahnya dan di kuburkan disebelah arwah atuk tertunai jugak. rezeki arwah nenek dapat plot kubur betul2 sebelah kubur arwah atuk. jeles gak tengok nenek + atuk dapat together-gether hingga ke alam satu lagi. ni baru la cinta sejati! hehehehe..... mungkin Allah juga memakbulkan doa mereka. yela, masa arwah atuk tinggalkan nenek, nenek tak pernah lupa sedekahkan surah yassin pada arwah tiap malam jumaat. kalau ade kesempatan, nenek akan anjurkan utk kami sekeluarga solat hadiah untuk arwah atuk. solat hadiah tu kira pahalanya akan kita sedekahkan pada arwah. sekarang ni, giliran kami plak buat solat hadiah untuk arwah nenek.

dulu ade gak suara-suara sumbang yang menghemtam arwah. biasa la.....manusia ni kan rambut je sama hitam, tapi hati lain2. ade tu pulak tudung je nampak labuh, tapi tak reti hormat orang tua. waktu arwah sakit, selalu jugak arwah kongsi cerita ngan aku. macam-macam cerita aku dengar dari arwah, ade yang elok dan ade yang tak elok. tapi peliknye, aku sorang je yg arwah selalu kongsi cerita. mungkin sebab aku tak banyak respon kot. hehehe.... yela, kalau orang melepaskan masalah yg terbuku, kita tak patut pangkah dia. pinjamkan telinga sudah memadai...

walau ape kata orang tentang arwah, aku tetap berterima kasih kat arwah nenek sebab membesarkan aku, dapat merasa dapat duduk rumah besar dan mengajar aku agar menjadi insan yang baik. arwah nenek jugak mengajar aku yang wanita juga boleh berjaya dan berharta. kalau tak kerana didikan nenek yang konservatif, aku rasa aku tak jadi macam sekarang kot. maklum la kalau dah membesar kat kotaraya metropolitan ni, kalau silap ajaran, pasti aku dah lama terjatuh... tapi aku tak kata aku ni baik bak malaikat. aku juga pernah nakal! biasa la....darah muda katakan....

walaupun nenek tak sempat tengok aku naik pelamin, tapi ade hikmah kenapa aku tak kawen lagi. dapat gak aku jaga nenek waktu dia sakit kan. ala....ade aku kisah kalau tak kawen? hehehehe......

Buat yang mengenali Hjh. Rabeah bt. Amirin, beliau telah pergi menemui Penciptanya pada hari Rabu, 16 Februari 2011 bersamaan 13 Rabiul Awal 1432 Hijrah. marilah kita sedekahkan Al-Fatehah untuk beliau. Semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang yang beriman dan bertakwa. Aminnn......



diambil 3 hari sebelum nenek pergi....

Thursday, January 6, 2011

al kisah kamek pegi sinun....

dah lama rasanya tak menulis di blog ni....al maklumlah, sibuk hal duniawi. kuikuikui...

namun begitu, hari ni aku nak share pengalaman aku ke bumi kenyalang. satu destinasi yang jarang aku sampai. rasanya selama hampir 3 dekad aku hidup, baru 5 kali aku sampai ke bumi kenyalang ni. kali pertama waktu aku baru pandai meniarap (ayah aku dulu keje kuching), waktu aku tingkatan 1, waktu tahun akhir di universiti, waktu keje swasta dan waktu sekarang....boleh tahan jugak eh.

apa yang menariknya, tiap kali aku terbang dari semenanjung ke bumi kenyalang, pasti ke bandar yang berbeza. rasa-rasa ini lah pengalaman paling seronok dalam hidup. kat semenanjung tak dapat pengalaman yang sebegini rupa. perbezaan budaya, bahasa, adat resam serta bentuk muka bumi juga berbeza.mak aku selalu kata, bumi kenyalang mengingatkan dia pada semenanjung waktu dulu-dulu. tapi bagi aku, pembangunan di bumi kenyalang tak kurang hebatnya. apa yang aku lihat belasan tahun dulu, dah tak sama macam sekarang.

tak dinafikan masih ada beberapa tempat masih belum menikmati pembangunan. keselesaan pemanduaan di bumi kenyalang pon tak sama macam di semenanjung. banyak jalan berbonggol (tanah tak rata) dan berdebu. sebab tu majoriti penduduk bumi kenyalang naik pick up truck atau 4WD. kawasan rehat dan rawat pon boleh kata tak ada di sepanjang perjalanan. kalau rasa nak ke tandas, kenalah singgah stesen minyak / masjid/ surau / tandas yang disediakan di kampung-kampung. kadang-kadang, di pekan kecil ade disediakan kemudahan tandas awam dan kedai makan untuk pemandu. fuh....jenuh gak nak menahan sampai ke destinasi.

walau perjalanan yang agak 'rough', tapi aku suka tengok pemandangan hijau di kiri dan kanan jalan. tumbuhan liar tumbuh subur di tepi jalan utama. ladang sawit, getah, padi huma dan lada hitam juga banyak ku temui di sepanjang laluan. sekejap-sekejap aku akan melalui perkampungan penduduk natif sarawak. dapat lah aku melihat secara 'live' rumah panjang tradisi sarawak. sebelum ni hanya tengok melalui TV atau buku je. dulu waktu kat miri, aku ingat lagi kena naik feri untuk menyeberang sungai yang luas. waktu tu belum ade kemudahan jambatan lagi. sekarang tak tau la macam mana...so far, dalam perjalanan aku dari bintulu ke miri dah ade jambatan di sungai-sungai.

kalau dah sampai bumi kenyalang, perkara wajib di rasa ialah umai. pegi mana-mana restoran, pasti ada juadah umai. umai ialah sejenis makanan tradisi orang sarawak dimana isi ikan mentah akan digaul bersama bawang, cili dan air asam. kalau kat semenanjung macam kerabu. tapi tak semua perut orang malaysia mampu terima makanan ni. mana yang tak serasi, pasti akan mengalami cirit-birit.jadi, hati-hati yer... selain umai, makanan yang best untuk dinikmati ialah sayur midin. bentuk sama macam pucuk paku. cara masakan pon sama macam pucuk paku; tumis ngan bawang putih atau goreng belachan. fuhhhh....kalau makan panas-panas memang sedap! makanan laut di sarawak pon sedap dan segar. rugi lah kalau tak makan....

waktu kat miri, aku berpeluang makan nasi lalapan. haaa....waktu tengok menu tu, berkerut gak la sebab tak pernah dengar. tapi bila dah pesan, baru aku tahu kenapa makanan tersebut dipanggil nasi lalapan. nasi lalapan ade lapan lauk (kebanyakannya ulam-ulam). sekali pandang, macam nasi ayam penyet kat kedai AP sebab ada kacang panjang, kobis, tempe dan tauhu goreng. tapi sambalnye saje yang berbeza. sambal nasi lalapan memang sedap, yakni tak berapa pedas dan ada belachan. lauk ayamnya juga berempah. sesuai bila minum bersama teh 3 lapis. haisshh...aku kalau bab makan memang suke kan!

sememangnye seronok jika dapat tinggal di bumi kenyalang. tapi apa yang penting, orang luar mestilah menghormati budaya dan adat masyarakat tempatan. jangan pandang mereka sebelah mata (lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di pedalaman). jika anda muslim dan dihidangkan air tuak (arak), tolaklah dengan baik. ucapkan terima kasih dulu, kemudian katakan anda muslim dan tidak minum arak. jangan ambil gelas arak tersebut sebab sekali dah ambil anda wajib minum di depan tuai rumah. jadi, hati-hati. jangan sampai melanggar had agama dan menyinggung tuai rumah pula.

itulah sedikit sebanyak pengalaman aku di bumi kenyalang. moga tulisan aku dapat menjadi ilmu pada pembaca. oleh itu, moh la kita pegi bercuti dalam malaysia....