Total Pageviews

Monday, November 22, 2010

heartache....adeh!

rasanya hari ini la aku rasa sangat2 stress. sekian lama jugak aku diamkan diri, menunggu masa si dia ni nak berubah. rasanya selama berpuloh-puloh tahun hidup, tak pernah lagi aku tengok dia ni jenis bertanggungjawab. aku rasa kau ni kategori hati kering kontang kot. tapi heboh nak cari calon suami! ceh....

rasa panas je hati ni tiap kali dia menjawab apabila aku mintak dia tolong aku buat kerja rumah. kadang-kadang tu nampak sangat tak ikhlas kat riak wajah dia tu menolong aku. baru tolong sikit dah mengungkit selalu. aku pelik, dia tak kesian ke kat mama yang penat balik keje. apa salahnya dia tolong ringankan beban mama. rajin-rajin la buat kerja rumah, tolong masak untuk adik-adik, tolong basuh baju, tolong lipat baju, tolong basuh pinggan kat dapur. dah la kau tu tak bekerja. dari kau membuta sampai ke petang, baik kau tambah pahala!

yang buat aku stress dan hangin satu badan apabila si dia guna barang aku, tapi tak bagitau. tau-tau jer dah cacat barang aku. bila aku tanya "apa dah jadi?", si dia tak mengaku dia bersalah. cuba kalau aku yang guna barang dia dan barang tu jadi cacat. fuh...3 hari 3 malam dia tak tegur aku. belum lagi dia merosakkan barang dia sendiri. pastu menenggek nak guna barang orang lain plak. setiap orang buat kesilapan, jadi kenapa mesti dia nampak salah orang lain? salah sendiri tak nak ngaku plak. haiissshhh....

aku tau la kau tu lagi cun dari aku. kau pon suka melawa, tak macam aku. tapi lawa pon tak guna kalau kau tu pemalas! kalau semua nak harap aku yang buat, tak payah la....sampai mati pon kau tak kan belajar buat sendiri. depan orang lain berlakon rajin buat keje rumah. saje la tu....nak dapat pujian. bila aku dapat balasan dari kerja yg aku buat, kenapa mesti kau cemburu? kalau hati ikhlas buat kerja, Tuhan pon akan kurniakan rezeki.

aku sentiasa doakan kau akan berubah satu hari nanti. semoga bakal suami kau dapat mengubah cara hidup kau yang macam princess tu. bila aku atau papa dan mama tegur kau tarik muka. mula la boikot kami berhari-hari. sampai bila kau nak hidup ala2 tuan puteri? sedar la wei....tolong la....

Monday, November 1, 2010

Ekspresi aku tentang P.Ramlee



Hancur badan kandung tanah
Budi baik dikenang juga
Biar alam hancur dan musnah
Cinta ku tiada berubah

Dua tiga boleh dicari
Mana sama abang seorang
Kalau janji sudah tepati
Tiada orang boleh menghalang

Bait- bait lagu tersebut merupakan antara senikata lagu Hancur Badan Kandung Tanah nyanyian P.Ramlee dan Saloma. aku suka dengar lagu ni. bait-bait senikatanya mengajar pendengar agar berbuat baik, setia pada cintanya dan berpegang pada janji.

aku boleh dikatakan membesar dengan cerita P.Ramlee sebab ayahku seorang peminat beliau. waktu kecil, apabila televisyen nak siarkan cerita P.Ramlee, ayahku akan segera siapkan pita rakaman. dia akan merakam cerita tersebut dan pada waktu lapang, kami akan menonton bersama. waktu dulu, tayangan cerita P.Ramlee di televisyen tidak sekerap sekarang. antara cerita yang sempat ayah rakam seperti labu labi dan seniman bujang lapok.

apabila usiaku meningkat ke lapan tahun, aku menyertai pertandingan karaoke semata-mata untuk memenangi hadiah permainan masak-masak. kalau dikenang balik, setakat permainan gitu, rasanya mak ayah boleh belikan. tapi aku degil nak jugak hadiah tu. mak aku pon daftarkan aku dalam pertandingan tersebut dan aku memilih lagu Saloma - Pabila Larut Malam. lagipon lagu itu je yang aku familiar dan confident nak nyanyi.
Alhamdullillah, aku berjaya dapat tempat ke-3 dan rezeki kot, aku dapat gak hadiah yang aku idam2kan tu.

bila aku masuk ke universiti, kebetulan kumpulan koir kami ada persembahan menyanyikan lagu P.Ramlee. dari situ, aku mula berminat dengan lagu-lagu P.Ramlee. dengan duit poket, aku beli kaset lagu P.Ramlee. boleh dikatakan, dalam tempoh 2 bulan, aku boleh hafal semua lagu dalam kaset tersebut. tapi sekarang, kaset tu pon entah ke mana. sayang pulak tetibe kaset tu hilang....

boleh dikatakan semakin lama aku hidup, semakin kerap cerita-cerita P.Ramlee ditayangkan di TV. sekarang ni dengan adanya ASTRO, rancak jugalah aku menonton cerita P.Ramlee sampai boleh menghafal dialog. antara teman aku tika menonton ialah nenek dan adik bongsuku. adik aku pon tak kurang hebat dalam bab-bab menghafal dialog P.Ramlee. sampaikan kami boleh buat kuiz petikan dialog tersebut dari filem mana?

tapi aku kagum dengan cerita P.Ramlee sebab cerita-cerita dia berlatarkan kehidupan masyarakat Melayu dan isu yang ditimbulkan 50-60 tahun lalu, masih berlaku sekarang dalam masyarakat Melayu moden. kiranya masyarakat melayu ni tak berubah ke? pada pendapat aku karya P.Ramlee seolah-olah menyindir sesetengah golongan dalam filem-filemnya. sindirannya tu bukan untuk membangkitkan amarah masyarakat, tetapi beliau cuba mengubah persepsi dan cara hidup masyarakat Melayu pada waktu itu agar lebih maju dan terbuka.

sememangnya filem-filem P.Ramlee bukan untuk gelak tawa semata. tetapi filem-filem P.Ramlee sarat dengan masej dan harapan agar masyarakat melayu lebih ke hadapan agar seiring dengan bangsa-bangsa lain. sebagai contoh, filem labu labi P.Ramlee menggambarkan watak Hj. Bakhil sebagai tauke kedai kain, ada profession lawyer dan doktor. begitu juga dalam madu 3, watak jamil digambarkan seorang lelaki yang berjaya dlm kerjaya hingga mampu berkahwin 3 dan menyediakan rumah dan kereta untuk semua isterinya. kalaupun P.Ramlee memegang watak sebagai ahli muzik, namun dia berharap jadilah seorang ahli muzik yang berjaya.

disebalik kejayaaan filem-filem P.Ramlee tidak ramai yang tahu suka duka kehidupan beliau. selepas menonton Biography P.Ramlee di Astro, barulah aku tahu bagaimana kehidupan sebenar P.Ramlee. agak terkilan juga di hujung hayatnya, dia hidup dalam kedaifan dan kekecewaan. memang hidup ini ibarat roda, tika diatas kita diagung-agungkan dan tika di bawah, kita dipandang hina. hanya teman sejati yang sudi menemani dirinya dan tidak putus mendorongnya untuk berkarya.

disebalik kekecewaan beliau tika hayatnya, kini namanya di julang tinggi. benar kata P.Ramlee, dirinya akan hidup 1000 tahun lagi. kini semua masyarakat malaysia mengenali hasil karya P.Ramlee. Malah, kerajaan juga giat mempromosikan karya P.Ramlee sebagai salah satu segment pelancongan. orang berbakat besar memang cepat pergi meninggalkan kita. antara anak seni yang saya minati dan tiada tolok bandingnya selain P.Ramlee ialah Sudirman dan Yasmin Ahmad. Semoga roh-roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang Dia kasihi. Amin.....

P.Ramlee....dimana kan ku cari ganti?