Total Pageviews

Tuesday, July 27, 2010

Memoir untuk ayah....

dia lahir dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana. dia lahir sewaktu tanah air sedang bersiap untuk menuju kearah kemerdekaan. ayahnya hanya seorang penjawat awam kerajaan british, manakala ibunya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. dia merupakan anak ketiga dan pada waktu kelahirannya ibu bapanya begitu gembira dengan kehadiran cahaya mata baru penyeri rumah tangga mereka. namun mereka sedikit kecewa kerana kali ini pasangan ini masih menerima cahaya mata lelaki.

dia membesar di pinggir kota kuala lumpur, di kawasan kejiranan melayu. datuknya merupakan orang terhormat di kawasan tersebut. jadi, dia juga turut dihormati penduduk sekitar. tapi ayahnya seorang yang berdikari. ayahnya enggan hidup senang bergelimang harta pusaka. oleh itu, ayahnya merantau ke pekan ipoh demi membina hidup baru.

pada mulanya, ibu dan adik-beradiknya hanya tinggal di kuala lumpur. hanya ayah yang pergi merantau. rancangannya, selepas stabil kehidupan di ipoh, maka dia sekeluarga akan bersatu di sana. sekali-sekala ayahnya akan pulang ke kuala lumpur menjenguk keluarga yang ditinggalkan. ibu redha kerana memang lumrah darah keturunan minang, kaum lelaki perlu merantau demi mencari kesenangan hidup. selang tiga tahun kemudian, keluarga mereka bertambah lagi, dan kali ini mereka menerima kelahiran adik perempuan pula. akhirnya hajat pasangan untuk menimang anak perempuan ini di makbul Yang Maha Esa.

dengan kehadiran si adik baru, dia sudah bergelar abang. si ibu mula mengajar dia erti tanggungjawab. dia mula membantu ibu mencari kayu api atau memetik pucuk ubi di sekeliling rumah. abang-abangnya juga tidak lari dari tanggungjawab yang sama. mereka perlu menjaga ibu mereka sementelah ayah pergi merantau. malah, sewaktu ibu sibuk dengan gerakan kemerdekaan, dia lah yang di pertanggungjawab menjaga adik perempuannya walaupun usianya baru mencecah 4 tahun.

satu hari, ibu tiba-tiba bersungguh menyuruh dia dan abang-abangnya mengemas barang. ibu mahu berpindah ke ipoh dengan kadar segera. dia yang masih kecil hanya menurut. ibu pada waktu itu sedang hamil 2 bulan, dan ibu mendapat perkhabaran yang suaminya ada kekasih lain di ipoh. sudahlah hidup mereka serba serdehana, ibu khuatir ayah akan melupakan anak-anaknya. ibu yang tak sanggup dimadukan, segera berpindah ke ipoh. mereka 5 beranak menaiki keretapi ke ipoh. setiba disana, mereka menaiki beca ke teratak ayah. perit pengorbanan ibu demi menjaga kebajikan kami adik-beradik. mujur, ayah tidak menduakan ibu.

selang beberapa hari, ibunya mengalami keguguran. lebih memburukkan keadaan, ibunya semakin sakit selepas keguguran itu. ibunya ditegah bidan untuk melakukan kerja berat. oleh itu, tanggungjawab menjaga rumah, membersih rumah, dan mencuci pakaian diserah pada anak-anak. oleh kerana abang sulung sudah bersekolah, maka ibu dan ayah sering menyuruh dia dan abang ngah untuk membantu. sejak itu dia rapat dengan ibu. boleh dikatakan dia selalu dekat dengan ibu ketika ibu memerlukan bantuan.

gaji ayahnya sebagai penjaga stor tidak banyak. ayah tidak punya motokar. ayah hanya ke tempat kerja menaiki basikal. ketika dia sudah masuk sekolah, dia hanya memakai baju dan kasut lama abang yang lusuh. kalau koyak, ibu akan jahitkan. dia tidak dapat merasa pakaian sekolah yang baru. setiap hari ibu akan membekalkan dia dengan nasi putih berlauk jantung pisang rebus di balut dalam daun pisang. kadang-kadang dia dibekalkan dengan ubi rebus. tiada duit belanja di titip. kemudian, dia dan beberapa anak jiran akan berjalan kaki ke sekolah.

waktu rehat lah yang di tunggu-tunggu. dia dan beberapa teman sekelas akan duduk di bawah tangga, membuka bekalan masing-masing. apa yang ada, mereka kongsi makan bersama sambil berbual gelak ketawa. hilang seketika tekanan belajar. apabila loceng berbunyi, mereka kembali ke kelas. keperitan hidup mengajar dia erti tekun. dia mula berazam untuk mengubah hidupnya. dia enggan terus-terusan hidup dalam kemiskinan. dia enggan anak-anaknya rasa apa yang dia rasakan tika itu. itu azamnya!

kerana keperitan hidup, kurang peluang belajar dan kurang dorongan daripada keluarga, dia tidak cemerlang dalam pelajaran. namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya dalam hidup. melihat abangnya yang sudah khayal dengan dunia dadah menyebabkan dia gigih berusaha memperbaiki diri. dia tidak mahu seperti abangnya. dia tidak mahu zaman remajanya musnah kerana dadah. lalu dia tekad mencari duit poket sendiri.

kerja pertama beliau adalah sebagai pembantu pam petrol di sebuah stesen minyak di bandar ipoh. dia hanya bekerja pada waktu cuti sekolah saja. upah yang diperolehi tidak banyak. setiap kali waktu gaji, dia akan berikan wang upah tersebut pada ibu. dia hanya mengambil sedikit untuk tabungannya. wang upah itu digunakan untuk membeli lauk makanan mereka sekeluarga. dapatlah makan mewah sikit. gaji ayah pula digunakan untuk menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik dan keperluan lain.

usai M.C.E, dia mula mencari pekerjaan lain. pelbagai kerja yang dilakukan di sekitar bandar ipoh. dia juga ada mencari kerja di kuala lumpur. akhirnya, dia mendapat tawaran kerja di U.M di kuala lumpur. dia begitu teruja kerana walaupun keputusan M.C.E nya tidak cemerlang, dia mampu memperoleh jawatan tersebut. walaupun hanya sebagai pekerja am, dia bersyukur. dia berpindah kembali ke kuala lumpur. memandangkan keluarganya masih menetap di ipoh, dia tinggal bersama ibu saudaranya di gombak.

rutin hariannya sama setiap hari. pagi-pagi dia akan ke pejabat. pulang jam 4.30. pada waktu petang dia akan membantu ibu saudara mengait buah ciku. lepas makan malam, dia dan sepupunya akan menggosok buah ciku tersebut hingga larut malam sebelum dijual keesokkan harinya. untung jualan, ibu saudaranya akan hulur 10-20sen sebagai upah. dia tidak boros. dia simpan duit tersebut dalam tabung buluh. hujung minggu dia akan membantu ibu saudaranya menjual kuih muih pula. upahnya hanya 2-3 biji baki kuih. itu sudah memadai.

satu hari dia terlihat iklan pencarian pelapis jurutera untuk sebuah syarikat penerbangan nasional. ianya julung kali diadakan memandangkan syarikat penerbangan tersebut baru berpisah dengan sebuah syarikat penerbangan lain. bagaikan bulan jatuh ke riba, dia segera menghantar permohonan. selepas menjalani ujian dan temuduga, dia berjaya menjadi pelatih di akedemi jurutera syarikat penerbangan tersebut. kejayaannya menjadi kebanggaan ibu ayah di ipoh. tahun itu juga abang sulungnya mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. sekali lagi mereka begitu gembira.

selepas ayahnya pencen, keluarga mereka berpindah kembali ke kuala lumpur. hanya abang sulung yang tinggal di ipoh kerana dia sudah berkeluarga dan punya pekerjaan tetap di sana. sekali sekala dia akan pulang ke rumah keluarga menziarah ibu dan ayah sambil membawa sedikit wang tabungan. dia rasa bertanggungjawab membantu keluarga memandangkan hanya dia yang punya gaji besar berbanding adik-beradik lain. tapi dia tidak membiayai stok dadah abangnya. dia kecewa dengan abangnya.

hidupnya makin senang dari masa ke masa, lebih-lebih lagi sejak dia menjadi jurutera. rezeki yang dicurahkan oleh Yang Maha Esa merubah gaya hidupnya. dia mula bergaul dengan orang berpangkat dan berlainan bangsa. dia mula mengunjungi kelab-kelab malam dan berpesta hingga ke pagi. jika ada peluang, dia akan terbang ke luar negara samada atas urusan kerja atau sekadar bercuti bersama teman-teman. perubahan gaya hidupnya merisaukan ibunya lebih-lebih lagi sejak kematian ayahnya. langkahnya semakin panjang.

dia dijodohkan dengan seorang perempuan kota. perempuan yang datang dari keluarga yang baik-baik dan berpendidikan. jauh dari taraf hidupnya yang datang dari keluarga yang susah dan tidak berpelajaran. dia bertungkus-lumus menyamakan taraf dirinya dengan isterinya. tapi ternyata, dia tidak seperti mereka. dia kembali ke seperti waktu bujang, berpesta di kelab malam sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak dirumah. dia bahagia dikelilingi teman-teman yang mengajar erti syurga dunia.

masa terus berlalu. apa ada pada usia? bak kata pepatah inggeris, Live begins at 40. dia terus hanyut dengan syurga dunia. dia akhirnya jatuh cinta pada seorang gadis berketurunan tionghua. walaupun dia sedar dia sudah punya anak dan isteri namun bukankah dia mampu untuk berkahwin lagi? dia memberikan kemewahan pada isteri tua dan anak-anaknya demi menutup rasa bersalahnya. dalam diam dia mempunyai dua isteri dan dua keluarga. keduanya dia sayang, tapi hanya satu keluarga yang dia kasih.

peluang kedua yang datang sebagai ayah membuatkan dia sedar. dia tidak mahu terlepas peluang membesarkan anak-anak seperti yang pernah berlaku dalam hidupnya. dia tidak mahu anak-anak dari isteri mudanya tidak menerima perhatian dan kasih sayang darinya seperti anak-anak dengan isteri tua lalui. dia sedar dia bersalah, lebih-lebih lagi apabila memandang wajah-wajah anak-anak isteri tuanya. kerana kesilapannya, mereka menjauhkan diri darinya. ternyata dia gagal menjadi ayah yang baik pada mereka. tapi dia masih cuba menebus kesilapan itu pada mereka. azam dia dulu la cara dia menebus kesilapannya pada anak-anaknya. itulah bukti cintanya pada zuriat-zuriatnya.

hari ini dia banyak memohon keampunan dari yang Maha Esa atas dosa-dosanya dimasa lalu. dia benar-benar menyesal dengan tindakannya dulu. dia masih ingat sewaktu dia pulang dari kelab malam, walau selewat mana, ibu masih berjaga menanti kepulangannya. kini dia tidak ligat lagi seperti dulu.

jika ada kelapangan, dia akan menjenguk ibunya dan membawakan makanan yang lazat untuk ibunya. dia juga akan membantu membersihkan ruang rumah ibu sama seperti yang pernah dia lakukan waktu kecil dahulu. baginya kasih isteri boleh di cari tapi kasih ibu tiada galang gantinya. walaupun dia berjaya sebagai anak yang baik dan jurutera hebat, namun dia belum berjaya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga.

kisah ini hanyalah sebagai iktibar. sesungguhnya kejayaan itu datang dari usaha kita sendiri. setiap kesilapan yang kita lakukan, masih ada sebenarnya ruang untuk kita betulkan. cuma bila dah senang nanti jangan pula jadi kacang lupakan kulit. semoga kita bakal menjadi insan yang berguna pada keluarga, bangsa dan agama.

Tuesday, July 13, 2010

yahhhoooooo.....

sambil mendengar lagu billionairre dari Travis McCoy Ft.Bruno Mars aku terasa mcm nak menaip dalam blog aku ni. memang aku happy hari ini dan juga semalam. happy sesgt....!!! aku pon tak tahu kenapa hati aku tetiba berbunga-bunga...agaknya sebab apa yang aku sangka menjadi kenyataan! fuhhhh....memang tak sangka, aku masih punya telepati yang baik. hahaha....

bertahun aku dah cuba melupakan cerita lama. memulakan hidup baru dan mencari kebahagiaan sendiri. mula2 bukan mudah untuk hidup sendiri tapi bila kita kuatkan semangat, insyallah....kita boleh lakukan! apa yang aku nak story, dugaan selepas break lebih hebat dari dugaan semasa couple. apabila janda kita dulu tetibe plak nak amek tahu hal kita. eh-eh....awat yg dia kecoh sgt? dulu kata tak mau kat kita, skg ni sibuk nak tahu hal kita plak. eemmm....benda ni biasa berlaku kat aku.

aku ni jenis yg cpt kecik ati, lebih2 lg bila pak we aku tetibe buang aku. kononnya aku bukan yg terbaik utk dia dan aku tidak memahami si dia. hemmm....kdg2 aku tanya blk, "awk tu terbaik utk sy ker? faham sy ker?" sbbnye aku tanya ngan penuh lagak adalah kerana mereka tu lelaki yang suam-suam kuku je. tapi perasan hebat! cehhhh...
aku pilih pon dgn harapan mereka setia dan ikhlas berkawan ngan aku. tp, aku silap! walaupon mereka tak hebat tp taste mereka nak pompuan yg mcm ratu cantik. yg kelakarnya, kalau kekal sampai ke jinjang pelamin tak pe gak, tapi ni sekadar 2-3 bln je. pastu mereka kena buang! hahahaha....tu la, buat org lagi. skg ni TUHAN byr cash jer. kalau bukan skg, mungkin esok bila ko dah ada anak bini.

berbalik pada perasaan aku yang berbunga-bunga ni...bagai ada telepati, aku dah agak sejak 12 bln yang lalu, seperti ada sesuatu yang pelik berlaku pada bekas pak we aku. tetibe dia begitu baik ngan aku. aku pon mengambil peluang utk mengenakan dia. aku yg waktu itu sdg bahagia dgn hidupku mula mengatur propaganda utk kenakan dia. walaupun dia lebih dulu letakkan mata-mata bagi mengekori gerak-geri aku, tapi aku buat bodoh je. ternyata dia lebih bodoh sbb dia lebih mudah termakan propaganda aku. bila dia dpt tau aku dah jumpa pegganti yg jauh lebih baik dari dia, dia tetiba ade awek baru plak. hahaha....tau pon kau gigit jari! dulu kau jugak yg kata aku tak layak utk kau kan? rasakan! Tuhan sentiasa bersama orang yang teraniaya.

baru-baru ni, sekali lagi dia meminta mata-mata dia selidik kegiatan aku. dan kali ni bukan aje bekas pak we aku yang terduduk, mata-mata dia pun cemburu ngan kebahagiaan aku! hahaha....betapa aku BERSYUKUR kepada ALLAH kerana dikurniakan kesempatan ini untuk mengenakan bekas pak we aku tu.

sebenarnya aku dah lama tak de perasaan ngan dia. susah payah gak la aku lupakan dia. syukur, aku dah maju kehadapan. tapi tak tau kenapa dia sibuk nak amek tau hal aku lagi. biar la aku dgn hidup aku. tak payah nak rasa bersalah bagai sbb tinggalkan aku dulu. aku happy kalau kau pon happy. aku juga happy kalau kau sedih! hahahaha....well, aku bukan seperti yang dulu babe!