
farish kata sayang saya, farish kata rindu saya, farish rayu jangan tinggalkan dia, farish janji akan tunggu saya...itu antara ungkapan yang keluar dari mulut farish. saya terbuai dengan ayat-ayat puitis farish hingga saya sanggup terima farish dalam hati saya. pada saya, paras rupa bukan la jaminan kebahagiaan tapi keikhlasan hati dan perasaan si dia pada diri saya. farish seperti sunguh sungguh mahukan saya.
memang saya sayang farish...sebab farish lelaki yang memahami saya. farish tak pernah paksa saya malah sentiasa menyokong saya dari belakang. walaupun ramai lelaki merapati saya, tapi farish sikit pun tak cemburu. dia faham persekitaran tugas saya yang banyak bertemu orang ramai. memandangkan farish memberi ruang pada saya, maka saya juga memberi ruang untuk farish berkawan. saya belajar untuk give and take.
farish bukan lelaki pertama dalam hidup saya. selepas melalui beberapa kali kegagalan dalam percintaan, farish muncul memberi kebahagiaan dalam hidup saya. setiap hari farish akan menemani saya makan tengah hari atau makan malam. acap kali juga dia tunggu sehingga saya pulang kerja jika saya pulang lewat. sikapnya yang protektif membuatkan saya benar-benar terharu. beruntungnya saya punya teman istimewa seperti farish.
hari silih berganti, hubungan saya dan farish semakin rapat. bunga bunga cinta melatari hidup saya. setiap kali hujung minggu, kami akan bertemu samada menonton wayang, main bowling atau setakat keluar makan. saya rasa begitu bahagia ketika di samping farish. walaupun ada suara-suara halus yang mengutuk farish yang tidak setaraf dengan saya, tapi saya pekak kan telinga. saya tahu farish ikhlas terima saya. farish terima saya seadanya. benar kata orang, cinta itu buta...cinta telah membutakan mata saya.
pertukaran kerja ke organisasi baru memisahkan saya dan farish. selama setahun saya perlu bertugas di luar kawasan sebelum di tempatkan di HQ. waktu inilah dugaan maha hebat berlaku dalam perhubungan kami. setiap bulan saya akan cuba pulang bertemu farish. tapi, entah di mana silapnya, hubungan kami ada yang tak kena. kami sering bercanggah pendapat. farish sudah berani menipu saya. farish juga sudah mula menjauhkan diri dari saya. alasannya sibuk bekerja atau penat bekerja. kadang kala farish tiada di saat saya benar-benar memerlukan dia. kami mula renggang....
enam bulan berjauhan, kelakuan farish semakin saya tak mengerti. farish jarang jarang menghubungi saya. saya rindu farish. jauh di sudut hati ini saya percaya farish sudah punya cinta baru. apabila saya cuba bertanya pada farish akan hal ini, farish akan sanggah habis habisan dan dia pula menuduh saya punya lelaki lain di perantauan. aduh...sesungguhya saya sentiasa mengingati farish. tapi adakah dia juga begitu? lagu nyanyian Kertas sentiasa saya putar, dan tika itu air mata saya akan gugur ke pipi.
hubungan yang tidak berarah ini harus saya hentikan. saya tak sanggup menambah dosa mengutuk teman lelaki sendiri. walaupun puas saya pujuk hati ini supaya bersabar, tapi naluri saya kuat mengatakan saya harus berpisah. demi mencari ketenangan diri, saya dan farish setuju mengakhiri hubungan kami. saya bersyukur Tuhan membuka jalan kepada kami. jauh di sudut hati saya kecewa dengan perpisahan ini. saya juga kecewa kerana percaya pada kesetiaan farish. nyatanya farish mudah kecundang dek godaan gadis lain. alasan farish - kerana saya jauh dan dia sunyi. itu hanya alasan....
setahun berlalu dan saya masih terkenangkan farish. kadang kala kami SMS bertanya khabar. saya tidak pasti sama ada dia bahagia dengan hidupnya atau tidak. saya tak pernah tanya farish. doa saya tak pernah putus untuk kebahagiaan farish. kenapa harus bermasam muka? walaupun ketika farish di himpit masalah kewangan, saya masih menghulurkan bantuan walaupun di tentang teman-teman rapat. saya hanya anggap farish teman baik saya, tidak lebih dari itu. saya percaya, hari ini hari farish, esok lusa mungkin hari saya pula...mana tahu.
sungguhpun kami dekat kini, tapi kami jarang berjumpa. saya tidak mahu merosakkan hubungan farish dan pasangannya. maafkan saya farish jika sesekali saya mengingati farish. namun bait-bait ayat cinta farish dulu kadangkala menerjah kotak fikiran lalu mengundang duka. jika bisa saya tagih janji farish...emmm, pasti farish sendiri sudah lupa janji-janji sumpah setia farish pada saya. betapa mudah lelaki menabur janji manis. sedangkan di hati mereka hanya kosong.
farish, kini kamu hanya sebutir memori di ingatan saya. terima kasih kerana pernah menyayangi saya dan terima kasih atas jasa dan pegorbananmu pada saya....