Total Pageviews

Saturday, January 2, 2010

kisah dua

Aku kembali ke daerah ini setelah hampir dua tahun aku tinggalkan. sejak aku graduasi, jarang sekali aku berkesempatan ke utara malaysia. memandangkan aku punya tugas selama seminggu di alor star, maka kesempatan untuk ke tempat yang pernah menjadi 'sekolahku' tidak aku lepaskan. mujur agenda petang ini di tunda ke esok pagi, jadi aku bergegas ke destinasi yang sering ku rindu. aku melepaskan lelah di bangku kompleks sukan universiti. terdapat beberapa pelajar sedang bermain futsal dan aku khusyuk melihatnya. sejurus itu, kenangan lama kira-kira lima tahun lalu menerjah ingatan...

Pertama kali menjejakkan kaki ke daerah utara malaysia, benar-benar membawa seribu makna. aku kini merupakan penuntut institusi pengajian tinggi awam (ipta) terkemuka di daerah ini. pemergian aku ini juga merupakan yang pertama kalinya aku tinggalkan keluarga demi menimba ilmu. bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. walaupun teruja dengan fasa baru dalam hidupku, namun jauh disudut hatiku aku sebak meninggalkan ibu dan abah. aku sedar, kini aku perlu berdikari...

Rakan pertamaku di sini adalah teman sebilikku, siti. Siti seorang gadis dari pantai timur malaysia. pada mulanya agak sukar untuk berkomunikasi dengan Siti kerana jurang bahasa. aku gadis kota, manakala Siti gadis desa yang juga pertama kali meninggalkan negerinya. namun perlahan-lahan, aku belajar loghat pantai timur. beberapa kali juga aku diketawakan Siti dan teman-teman senegerinya kerana loghatku salah! tapi aku tak pernah putus asa. aku terus belajar dari kesilapan...

masa berlalu dengan pantas. selepas dua semester berlalu, aku mula berani berkawan rapat dengan seorang lelaki, Yasser. dia juga penuntut di universiti yang sama dan kami bertemu ketika sama-sama menyertai kelab seni. kami memang berbeza. aku seorang yang periang dan malas belajar, tapi yasser seorang yang serius dan tekun belajar. emm...sesuai la dengan status dia sebagai anak guru. karismanya juga menyebabkan dia terpilih sebagai perwakilan pelajar. rakan-rakanku ramai yang memuji betapa beruntungnya aku mempunyai teman lelaki seperti yasser.

kebahgiaan yang ku idamkan tidak la kekal lama. perhubungan kami putus gara-gara insan ketiga. aku tidak salahkan Yasser kerana memang naluri lelaki yang lemah tika di belai si dara yang cantik jelita. jika di bandingkan aku yang berkulit gelap, masakan boleh menandingi kecantikan insan ketiga. kerana aku sedar diri, aku lepaskan Yasser. memang berat pada mulanya kerana aku sayang Yasser dan kami pula berada di universiti yang sama, pasti kami akan bertembung di kaki lima. tapi alhamdullilah, kekuatan ku berjaya meghapuskan Yasser dari hatiku...dengan dorongan teman2 rapat,aku berjaya juga menamatkan pengajian.

selepas tamat pengajian, aku terus dapat panggilan temuduga di sebuah organisasi antrabangsa. aku mula nekad membina kerjaya, aku tidak pernah memikirkan tentang hati dan perasaan. bukan kerana aku serik, tapi aku belum bersedia membuka pintu hati ini buat lelaki. aku lantas bangun dari bangku dan berjalan ke kereta. hari semakin lewat dan aku perlu segera pulang ke hotel.

tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. bagai tidak percaya, tika ku toleh aku terpandang pada seseorang yang sudah lama tidak ku jumpa. Remi, teman aku dan juga teman Yasser. aku senyum sambil menyambut jabat tangannya. "kau ape cerita sekarang?" soal Remi padaku. kami duduk di cafe pelajar. "aku macam ni la, busy kerja dan masih single" jawabku sambil tersenyum. aku tak sangka Remi kini tutor di universiti ini. dulu dia la pelajar paling malas nak belajar, tapi kini dia mencurah ilmu pada anak bangsa.

"Yasser dah bertunang, kau tau tak?" kata-kata Remy agak lembut, mungkin dia takut aku tersinggung. "Alhamdullilah..."jawabku ringkas. Dah sampai jodoh Yasser dan paling mengejutkan, Yasser bakal berkahwin dengan gadis lain. emm...aku rasa macam nak cakap padan muka pada Yasser. baru Yasser sedar kecantikan tidak membawa sebarang makna. lambat laun muka akan jadi tak cantik jugak, berkerepot! tapi aku sikit pun tak rasa kecik hati. malah aku turut gembira akhirnya Yasser bertemu dengan insan yang benar menyayangi dia seikhlasnya.

aku tinggalkan universiti ini dengan rasa bercampur baur - kecewa dan gembira. kecewa kerana sekali lagi ku tinggalkan memori di sini dan aku gembira kerana dapat bertemu teman lama sambil menikmati menu kegemaran aku di utara - Nasi Ayam Madu. buat Yasser, ku doakan kebahagiaanmu dari jauh....dalam perjalanan pulang ke Alor Star, aku bermohon semoga aku akan kembali ke daerah ini semula....