Total Pageviews

Sunday, December 20, 2009

kisah satu

perjalanan dari kuala lumpur ke KLIA memakan masa selama hampir satu jam. mujurlah aku bertolak malam kerana jalan raya sudah lengang dengan kenderaan. sesekali aku membelek paspot antarabangsa dan tiket penerbangan yang ku selit di tas tangan. penerbangan ke kaherah, mesir akan bertolak dari KLIA jam 12.05 pagi dan dijangka tiba jam 6 pagi waktu mesir. satu perjalanan yang panjang. tapi aku bukan pergi seorang kerana ibuku turut serta dalam perjalanan ini. kami ingin melawat abangku yg menuntut di universiti al-azhar.

pintu pelepasan mula dibuka jam 11.40 malam. para penumpang sudah mula beratur untuk masuk ke dalam pesawat. aku dan ibu melihat tiket tempat duduk kami. kami nampaknya duduk di barisan ke38. selepas menyelesakan diri di tempat duduk, tiba-tiba datang seorang lelaki duduk di kerusi sebelahku. dia agak rakus dan sombong. dari lagaknya aku yakin dia orang berada. pakaiannya saja sudah melihatkan dia orang berduit. lelaki ini pasti hebat, tapi sayang...dia sombong! lamunanku terhenti apabila peramugari memberi pengumuman bahawa pesawat akan berlepas. sejurus pesawat terbang di ruang udara, aku mula melelapkan mata. ibu sudah lama di buai mimpi....

tidurku terganggu dengan satu suara garau mengekek ketawa. meluat benar rasa telinga ini mendengarnya. aku merengus perlahan. aku tahu lelaki sombong itu sedang seronok menonton wayang pesawat. tidakkah dia prihatin bahawa orang lain sedang tidur? suasana kabin yang gelap dan suram membantu aku untuk tidur semula. tapi tidak lena. semuanya kerana lelaki itu.

kapten memberitahu bahawa pesawat akan mendarat sebentar lagi, dan sarapan pagi akan dihidangkan. pada waktu itu, barulah aku dapat melihat lelaki di sebelahku dengan jelas. dia yang lena tidur, bangun mengusap matanya. kemudian dia bangun ke tandas, mencuci muka. peramugari yang datang bertanya padaku tentang makanan lelaki di sebelahku. manalah aku tahu dia suka makan apa. gumamku dalam hati. tapi aku tawakal memilih menu nasi lemak. harap-harap dia tak kisah. ibu di sebelah sudah menghadap sarapan. aku pula cuak menanti reaksi lelaki di sebelahku duduk kembali. dan dia pun tiba....

wajahnya tidaklah begitu tampan, biasa saja. mungkin kerana dia memakai barangan berjenama dan bertubuh tinggi, jadi dia nampak segak. tapi bagiku dia biasa saja. dia diam membisu ketika makan sarapannya. hairannya, dia habis licin makan nasi lemak tu. fuhhh...nasib baik aku!! kemudian dia megucapkan terima kasih padaku kerana sarapannya. aku hanya tersenyum dan angguk kepala. oh...dia tak seperti yang aku sangkakan. peramah juga dia. kemudian kami senyap kembali.

setiba di balai ketibaan, abangku sudah menunggu. kami bersalaman dan beriringan ke kereta. ibu banyak bertanya khabar pada abang, bercerita itu dan ini. aku hanya menambah cerita ibu bila perlu. abang juga sibuk menunjukkan bangunan itu dan ini di kota kaherah. namun bagiku, semuanya kelabu. tiada warni di kota ini. kereta juga semakin memenuhi jalan-jalan utama kota kaherah. kata abang, mujur kami cepat sampai. kalau lewat sedikit, pasti mengambil masa lama kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

kuliah abang tiada hari ini. dia membawa kami bersiar ke giza. di sini terdapat beberapa buah piramid dari zaman firaun dan merupakan antara keajaiban dunia. masya allah! hebat sungguh binaannya. walaupun sudah beribu tahun, tapi masih utuh berdiri. aku kusyuk melihat cenderahati yang dijual di kawasan piramid. lukisan dari kertas papyrus menarik perhatianku. di malaysia, tak jumpa benda ni. tiba-tiba aku terasa seperti ada orang mencuit bahuku. aku menoleh dan tergamam. lelaki yang duduk di sebelahku terjegat di sebelahku sambil tersenyum. "hai!" tegur lelaki itu.

menurutnya dia datang ke kaherah kerana bercuti. dia datang seorang tetapi mengikuti rombongan dari malaysia. aku pula memberitahu aku melawat abangku, siswa al-azhar. lalu aku memperkenalkan lelaki itu kepada abang dan ibuku. baru aku tahu namanya - izam. ringkas! tidak lama selepas itu, dia meminta diri kerana dia dan rombongannya perlu beredar. sempat dia menghulurkan kad bisnes pada abangku. aku curi-curi melihat kerjanya. "engineer"....boleh tahan juga lelaki ni. patutlah berlagak semacam. abangku turut menghulurkan kad namanya pada izam. "senang-senang, emel la pada saya" kata abang sebelum izam berlalu pergi.

sehari sebelum kami berangkat pulang ke malaysia, abang membawa kami ke pasar. di sini terdapat pelbagai barang dari bahan makanan kepada barang ukiran, tembaga dan pakaian. ibu leka membelek beberapa barang untuk dijadikan buah tangan untuk saudara di malaysia. aku sempat membeli rantai kunci dan lukisan papyrus untuk kenangan kota kaherah. memandangkan bajet tak cukup, aku hanya beli apa yang perlu.

kota kaherah meninggalkan kami banyak kenangan. sesungguhnya negara tersebut punya nilai peradaban yang tersendiri. rakyat yang pelbagai agama masih mampu hidup harmoni di bawah satu negara. aku kagum. penerbangan yang panjang, agak memenatkan. memandangkan kami memilih untuk duduk di bahagian tepi tingkap pesawat, maka kami dapat tidur dengan lena. tiba-tiba aku teringatkan izam, lelaki yang duduk di sebalahku tempoh hari. sudah pulangkah dia? adakah dia dalam pesawat ini juga? hatiku berteka teki sendiri.

dua bulan selepas meninggalkan kota kaherah, abang menghubungiku memberitahu dia akan pulang tidak lama lagi kerana cuti semester. aku begitu teruja. keluargaku juga teruja. sudah lama rasanya abang tidak pulang ke malaysia. kata abang, dia mahu bertunang. kami semua terkejut kerana sebelum ini abang tidak pernah menyentuh soal ini. apatah lagi ketika kami ke mesir, abang langsung tak bersuara. em...siapa perempuan itu? dan kenapa tiba-tiba? abang saja yang tahu...

kepulangan abang disambut meriah. ibu mengadakan kenduri doa selamat untuk abang. aku yang kepingin tahu tentang teman wanita abang, segera bertanya. abang ketawa berdekah. katanya aku dan keluarga kelakar, tetiba teruja nak tahu. siapa yang tak teruja kalau abang seorang yang perahsia. susah nak tahu siapa gadis bertuah tu. tapi abang masih berahsia....tapi malam tu, abang hulurkan sesuatu padaku. katanya hadiah untuk aku. bila ku buka kotak biru yang abang hulur, aku tergamam. kerongsang permata berbentuk hati berkilau didepan mata. cantik sungguh! " terima kasih, bang!" aku begitu teruja.

"izam yang belikan untuk adik", kata-kata abang buat aku kelu. seribu persoalan bermain di fikiranku. bagaimana? mengapa? bila? abangku senyum meleret, bagaikan mengerti aku sedang keliru. menurut abang, izam beri ketika dia hendak pulang ke malaysia. dia tidak sempat bertemu denganku, jadi dia kirimkan pada abang. "izam kirim salam"....dan aku menjawab perlahan, "waalaikumsalam..." mataku lekap di kerongsang pemberian izam.

Tuesday, December 15, 2009

welcome to a new way of expressing...

welcoming myself...=)) sure will be start writing ASAP.